Motosikal digilis lori, dua remaja perempuan maut

TANJUNG MALIM: Dua remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, malam tadi.

Dalam kejadian terbabit, penunggang motosikal yang dikenali Mimi Nurwaheeda, 19, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal, Nur Nabila ,19, beralamat Subang Jaya, Selangor, meninggal dunia di Hospital Slim River.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan terbabit jam 11.18 malam tadi.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati ketika kemalangan, kedua-dua mangsa menaiki Yamaha Lagenda 115Z dan dipercayai dalam perjalanan dari Ulu Bernam ke Slim River.

“Tiba di tempat kejadian, disyaki sebuah lori membuat pusingan U menyebabkan motosikal dinaiki oleh kedua-dua mangsa terbabit tidak dapat mengelak dan melanggar lori berkenaan.

“Akibatnya, penunggang motosikal yang beralamat di Hulu Bernam, Selangor digilis oleh lori terbabit dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Hasni berkata, pembonceng motosikal yang beralamat Subang Jaya, Selangor pula meninggal dunia di Hospital Slim River.

Katanya lagi, polis sedang membuat siasatan lanjut bagi mengesan pemandu lori terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker