Annuar Musa Akan Di Lantik Sebagai Menteri Besar Sekiranya PN Menang PRN Kelantan

Annuar Musa Akan Di Lantik Sebagai Menteri Besar Sekiranya PN Menang PRN Kelantan

Annuar Musa Akan Di Lantik Sebagai Menteri Besar Sekiranya PN Menang PRN Kelantan

Pada 1 Mac yang lalu, presiden PAS, Hadi Awang, secara terbuka mengalu-alukan Annuar Musa untuk menyertai parti yang beliau pimpin.

“Beliau akan buat keputusan ini dan kita alu-alukannya,” kata Hadi Awang.

Hadi Awang juga menyifatkan Annuar Musa sebagai seorang pemimpin yang berwibawa.

Baca di sini:

https://malaysiagazette.com/2023/03/01/pn-pas-sedia-terima-annuar-musa-jika-kembali-dalam-politik/

Kemudian pada 29 Mac yang lepas, Malaysiakini pula melapurkan bahawa Annuar Musa sudah membuat keputusan untuk menyertai PAS.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/660419

Annuar Musa, dikatakan sudah memilih bahtera baru untuk meneruskan perjuangan politiknya dengan menyertai PAS.

Malah, Annuar Musa juga dikatakan sudah mengisi borang untuk menyertai PAS.

“Setakat ini Annuar dah buat keputusan untuk sertai PAS cuma tunggu masa untuk dia buat pengumuman rasmi”.

“Beliau akan umumkan perkara itu selepas sambutan Aidilfitri nanti sebagai langkah membangkitkan mood pilihan raya negeri (PRN)”.

“Tak mustahil dia akan bertanding dan PAS sendiri boleh menaruh harapan terhadap pengaruh serta pengalaman Annuar,” jelas sumber yang rapat dengan Annuar Musa.

Penulis juga difahamkan, persetujuan Annuar Musa untuk menyertai PAS adalah kerana beliau mempunyai peluang yang baik untuk menang di Kelantan dalam PRN Kelantan.

Malah penulis juga difahamkan, PAS bersedia menjadikan Annuar Musa sebagai poster boy dan calon menteri besar sekiranya PAS dapat mengekalkan Kelantan.

Percaturan Annuar Musa adalah, sekiranya beliau menyertai PPBM, peluang beliau untuk menjadi menteri besar adalah sukar.

Peluang PN untuk menawan 3 negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan yang sekarang berkerjasama dengan Barisan Nasional sangat nipis.

Negeri tersebut adalah Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Dan adalah mustahil untuk PAS memberikan laluan kepada PPBM untuk menjadi menteri besar di 3 negeri yang mereka kuasai.

Negeri yang dikuasai PAS adalah Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Penulis mengucapkan selamat maju jaya kepada Annuar Musa.

 

Annuar Musa Akan Di Lantik Sebagai Menteri Besar Sekiranya PN Menang PRN Kelantan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker