Anwar Bakal Tumbang Tanpa Sokongan DS Najib

Anwar Bakal Tumbang Tanpa Sokongan DS Najib

Anwar Bakal Tumbang Tanpa Sokongan DS Najib

Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan untuk menolak semakan kehakiman DS Najib atas sabitan kes SRC.

Dengan keputusan yang telah dibuat oleh panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan, adakah ianya boleh memberikan kesan kepada Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim?

Di dalam parlimen, Anwar pernah berhujah, sekiranya ada orang yang teraniaya atau dizalimi, maka beliau akan menjadi orang pertama yang akan membela.

Dan pada hari ini, adakah DS Najib diberikan keadilan?

Rakyat tidak tuntut dari kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim supaya DS Najib dibebaskan begitu sahaja atau tanpa alasan yang kukuh.

Tetapi apa yang rakyat tuntut adalah berikan keadilan kepada DS Najib Razak.

Anwar harus sedar, rakyat yang menuntut keadilan ke atas DS Najib bukan sahaja terdiri dari akar umbi UMNO.

Tetapi majoriti rakyat yang berpendirian atas pagar dalam politik juga mahu melihat keadilan ke atas DS Najib.

Apakah dengan segala fakta kes yang telah dibentangkan sepanjang perbicaraan, Anwar masih lagi tidak dapat melihat keadilan ke atas DS Najib dinafikan?

Hakim Besar Sabah & Sarawak, YAA Dato Abdul Rahman Sebli, satu-satunya hakim yang tidak bersetuju dengan keputusan hari ini berkata:

“Keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah”.

“Orang yang dituduh itu mesti mendapat perbicaraan yang adil”.

“Dia juga mesti merasakan dia diberi perbicaraan yang adil”.

“Jika sistem ini tidak dapat menyediakan ini, lebih baik dia tidak dibicarakan sama sekali”.

Rakyat Akan Bersuara Dalam Pilihanraya Negeri

 

Kita akan menghadapi 6 pilihanraya negeri tidak lama lagi.

Keputusan mahkamah hari ini pasti akan memberi kesan yang sangat besar terhadap sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Sekiranya Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tewas di kesemua 6 negeri yang akan diadakan pilihanraya negari, ianya memberikan imej yang sangat negatif kepada mereka.

Tewas di pilihanraya negeri dalam keadaan menjadi pembangkang di peringkat pusat, masih tidak boleh ditafsirkan sebagai tidak mendapat sokongan dari rakyat.

Tetapi tewas ketika memiliki kuasa di kerajaan pusat, ianya adalah isyarat yang jelas bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan.

Hari-hari gelap sedang menanti Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.

 

Anwar Bakal Tumbang Tanpa Sokongan DS Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker