“It’s not over yet.” – Shafee Abdullah

Kuala Lumpur – “Penghakiman minoriti oleh YA Dato Rahman Sebli memberi semangat kepada saya”. kata Tan Sri Shafee.
Penghakiman itu akan digunakan sebagai dokumen tambahan dalam petisyen ke UN baru-baru ini dan juga pengampunan Diraja.
Tan Sri Shafee juga berkata, mungkin ada tindakan susulan terhadap keputusan kes ini yang beliau tidak mahu dedahkan lagi.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Dato Sri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan yang mengekalkan sabitan serta hukuman kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd yang dikenakan terhadapnya.
Dengan keputusan itu bermakna, Najib kekal menjalani baki tempoh penjara 12 tahun yang dijatuhkan terhadapnya, melainkan mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button