Tidak dapat menahan keinginan membunuh, remaja tembak bapa dan adik

Tidak dapat menahan keinginan membunuh, remaja tembak bapa dan adik

Tidak dapat menahan keinginan membunuh, remaja tembak bapa dan adik
Reid ditahan kerana membunuh bapa dan adik lelakinya. FOTO Agensi

New York: Gadis remaja membunuh bapa dan adik lelakinya sendiri dengan menembak kedua-dua mangsa itu di perumahan di Reno bandar terbesar di Nevada Utara.

Ironinya, dia sendiri menghubungi talian kecemasan 911 untuk melaporkan kejadian bunuh dilakukannya itu.

New York Post melaporkan, Mashenka Reid, 17, ditahan petang Jumaat lalu selepas polis menemukan mayat bapa dan adiknya yang berusia lingkungan empat atau lima tahun itu.

Adik perempuan Reid juga ada di rumah pangsapuri itu, tetapi terselamat apabila bersembunyi di dalam bilik tidur yang berkunci.

Polis terpaksa menendang untuk memecahkan bilik tidur itu sebelum membawa adik perempuan Reid itu ke tempat yang selamat.

Menurut afidavit yang difailkan di Mahkamah Keadilan Reno, Reid sendiri mendail 911 dan didakwa mengaku membunuh ahli keluarganya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Di Keruhkan Air Yang Jernih

Kedua-dua mangsa mati akibat luka tembakan dalam kejadian di pangsapuri keluarga Reid di Reno.

Sebelum Reid mendail 911, panggilan kecemasan pertama pembunuhan itu datang daripada jiran yang melaporkan berlaku kejadian tembakan dan jeritan meminta bantuan.

Reid didakwa sebagai orang dewasa dengan dua pertuduhan pembunuhan terbuka atas kesalahan pembunuhan bapa dan adik lelakinya.

Jabatan Polis Reno menyatakan, Reid juga mengatakan dia meninggalkan senjata di dalam pangsapuri lokasi kejadian itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan, Siapa Sebenarnya Yang Bertanggungjawab?


Senjata berupa sepucuk pistol Walther PPS itu kemudian disyaki sebagai senjata yang digunakan dalam pembunuhan.

Pegawai polis pertama yang tiba di tempat kejadian segera menahan Reid, sebelum pergi memeriksa keadaan ahli keluarga Reid yang lain.

Adik lelaki Reid ditemui terbaring di atas sofa dengan kesan tembakan di kepala, kata afidavit itu.

Bapa gadis remaja itu pula ditemui di dalam garaj dengan kesan tembakan di dada dan belakang.

Paramedik mengesahkan kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian.

Tiada maklumat daripada pihak berkuasa mengenai kemungkinan motif pembunuhan itu.

Tidak dapat menahan keinginan membunuh, remaja tembak bapa dan adik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila Mat Jargon Londehkan Jubah Pemimpin PAS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker