Aliff Syukri buat ‘hal’ lagi

KUALA LUMPUR : Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 36, sekali lagi mengundang perhatian dengan tindakan memuat naik sedutan klip video single bertemakan Aidilfitri berjudul Cak Kun Cak Raya memaparkan dirinya mengenakan baju Melayu sendat diiringi penari bergaya sama, sejak beberapa hari lalu.

Malah, gerak tari Aliff bersama lima penari yang dilihat ‘menggeletis’ melalui klip video berdurasi 20 saat itu menjadi topik hangat diperbahaskan netizen.

Ramai mendakwa tindakan usahawan itu kurang sesuai, apatah lagi ketika umat Islam sedang berpuasa dan mengimarahkan Ramadan.

Pendakwah bebas Syed Mohd Bakri Syed Ishak menyifatkan Aliff mengulangi skrip sama bertujuan meraih populariti dengan cara tidak sepatutnya, biarpun sudah lali memberi teguran kepada bapa enam anak itu.

Syed menganggap jika mahu berseni sekalipun, Aliff perlu berteraskan kepada apa yang digaris Islam dan tidak melakukan perkara bertentangan.

“Saya nampak Aliff suka mencetuskan kontroversi sebab kita tahu selebriti ini, tanpa kontroversi mereka tak dapat hidup.

“Apabila ada kontroversi, baru namanya disebut walaupun dia tahu perkara itu tidak bagus.

“Aliff berpendidikan dan dikatakan pernah belajar agama di pondok serta tahu mengenai halal dan haram sesuatu perkara.

“Saya anggap dia sengaja mencemari Ramadan yang mulia ini.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button