Ke Mana Perginya Pemimpin UMNO Ketika DS Najib Memerlukan Mereka
Ke Mana Perginya Pemimpin UMNO Ketika DS Najib Memerlukan Mereka
31 Mac yang lalu, merupakan hari penentuan sama ada DS Najib akan dibebaskan atau terus terpenjara berdasarkan perintah mahkamah.
Pada hari yang sangat penting, sudah tentu DS Najib perlukan sokongan bukan sahaja dari keluarga, tetapi juga dari rakan-rakan.
Anak isteri DS Najib yang begitu setia memberikan sokongan kepada beliau selama lebih dari 4 tahun perbicaran hingga ke hari penentuan kelihatan hadir.
Penyokong DS Najib yang tidak ada apa-apa jawatan dalan parti, dilihat telah berkumpul di perkarangan mahkamah sejak pagi hingga penghakiman selesai.
Mereka adalah muka-muka yang sama berhimpun untuk memberikan sokongan kepada DS Najib selama lebih dari 4 tahun beliau dibicarakan.
Mereka sanggup berpanas dan berhujan, namun berundur dari memberikan sokongan, tidak sama sekali.
Sama ada mereka datang dari jauh atau dekat, semuanya dengan perbelanjaan sendiri.
Apabila keputusan mahkamah tidak menyebelahi DS Najib, inilah wajah yang akan mengeluarkan airmata dengan penuh keikhlasan.
Sekiranya DS Najib kekal terkurung di dalam penjara, mereka merasa sangat sedih.
Dan sekiranya DS Najib dibebaskan, mereka puas tanpa mendapat apa-apa imbuhan.
Tetapi, di manakah pemimpin-pemimpin UMNO yang selama ini banyak mendapat laba ketika DS Najib berkuasa?
Ada yang menjadi menteri, ada yang menjadi timbalan menteri dan ada yang menjadi pengerusi GLC.
Ke mana perginya 25 orang MKT UMNO yang menang dalam pemilihan yang lepas.
Apakah tanpa pengaruh dan menggunakan cai DS Najib, mereka rasa mereka boleh menang?
Yang kelihatan cuma Lokman Adam dan Isham Jalil, yang lain tidak kelihatan.
Ke mana perginya Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Ketua Wanita UMNO?
Di mana pula perginya 3 orang Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden UMNO?
Beza Pemimpin UMNO Dengan Pemimpin Parti Lain
Ketika Anwar Ibrahim dibicarakan di mahkamah, pemimpin PKR tidak pernah tertinggal untuk hadir ke mahkamah untuk memberikan sokongan.
Ketika Lim Guan Eng didakwa di mahkamah, pemimpin PKR, pemimpin DAP dan pemimpin PAN hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan.
Waktu Wan Saiful Wan Jan dan Muhyiddin didakwa di mahkamah, pemimpin PPBM, pemimpin PAS hadir sebagai tanda sokongan.
Tetapi ketika DS Najib menghadapi hari yang cukup penting, beliau ditinggalkan keseorangan dengan hanya ditemani keluarga dan seorang dua pemimpin UMNO.
Bukan sedikit budi yang telah DS Najib berikan kepada UMNO.
Bukan kecil jasa DS Najib kepada UMNO.
Tetapi pemimpin UMNO tetap pemimpin UMNO.
Inilah bezanya antara pemimpin UMNO dengan pemimpin parti yang lain.
Sekalung tahniah kepada pemimpin UMNO dari penulis.
Ke Mana Perginya Pemimpin UMNO Ketika DS Najib Memerlukan Mereka
Di Syorkan Untuk Anda:
- Pro Dan Kontra Semakan Kehakiman Kedua Kes SRC DS Najib
- Tanpa Najib UMNO Melemah Di Bawah Zahid
- Anwar Bakal Tumbang Tanpa Sokongan DS Najib