IAEA-Iran capai perjanjian sementara mengenai pengesahan nuklear

22/02/2021 12:14 PM

VIENNA, 22 Feb — Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Iran mencapai persefahaman dua hala sementara untuk menyelamatkan perjanjian nuklear, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Ketua IAEA pada Ahad.

Iran akan menghentikan pelaksanaan langkah-langkah sukarela seperti yang dipersetujui dalam Pelan Tindakan Komprehensif Bersama 2015 (JCPOA), atau perjanjian nuklear Iran, pada 23 Februari, untuk mematuhi undang-undang yang diluluskan oleh parlimennya, Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi memberitahu wartawan selepas melawat Tehran.

Di bawah perjanjian sementara itu juga IAEA akan meneruskan aktiviti pengesahan dan pemantauan yang diperlukan untuk tempoh tiga bulan, katanya.

“Terdapat kekurangan akses, kita perlu hadapinya. Namun kita masih dapat mengekalkan tahap pemantauan dan pengesahan yang diperlukan,” kata Grossi.

Beliau berkata perjanjian sementara ini membolehkan perbincangan politik di peringkat lain diadakan dan “mengelakkan situasi yang tiada arah tuju.”

Parlimen Iran pada Disember 2020 meluluskan Pelan Tindakan Strategik untuk Mengatasi Sekatan, undang-undang yang membenarkan kerajaan Iran melancarkan semula pengayaan 20 peratus uranium, kemudian menghentikan pelaksanaan protokol tambahan IAEA jika sekatan terhadap Iran di bawah JCPOA diteruskan.

Korea Selatan umum pelantikan baharu Ketua Utusan Nuklear

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker