Pemain bola sepak mati ditikam di Sepanyol

CADIZ, Sepanyol: Seorang pemain bola sepak mati ditikam dalam serangan rambang di selatan Sepanyol.

Polis berjaya menahan suspek berusia 20 tahun selepas pemain kelab Chipiona CF, Francisco Naval Perez, 24, terbunuh.

Perez yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, meninggal dunia di hospital selepas ditikam di dada dalam serangan yang berlaku di Cadiz sekitar jam 2 petang.

Suspek berkenaan, yang tidak didedahkan identitinya serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, kini dalam tahanan polis.



Dia menikam Perez, atau lebih dikenali sebagai Paco, dengan pisau besar di dada tanpa sebarang sebab, menurut pihak berkuasa Sepanyol.

Setakat ini belum ada kaitan antara mangsa dan penyerang, dan insiden berkenaan diklasifikasikan sebagai serangan rambang.

“Sukar untuk kami mulakan, perkara ini seperti mimpi ngeri, namun malangnya ia adalah realiti. Pemain kami, Paco Naval Perez meninggalkan kami, dia meninggal dunia pagi tadi,” kata kelabnya, Chipiona CF.

Beberapa kelab Sepanyol lain termasuk Real Madrid turut mengucapkan takziah di atas kematian Paco.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker