Diana, Farid tuntut keadilan di mahkamah pagi ini

Shah Alam: Pelakon, Diana Danielle tiba di Mahkamah Tinggi Syariah di sini jam 9.11 pagi ini bagi sebutan kes hadanah atau hak penjagaan membabitkan dua anaknya.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson,32, kelihatan memakai jubah hitam sambil tersenyum kepada pihak media dengan ditemani  pembantu  peribadinya.

Manakala, Farid Kamil atau nama sebenar Farid Kamil Zahari, 42, tampil mengenakan baju putih jam 9.12 pagi sambil ditemani pengurusnya, Azhari Hamid.



“Saya mengharapkan keadilan dan baik-baik sahaja pada kes hari ini,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak pelakon Farid Kamil yang berusia 10 dan lapan tahun kepada isterinya, Diana.

Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana berkata, keputusan itu dibuat selepas pelakon itu membuat permohonan hadanah pada 23 Mac lalu.

Pada masa sama, Akberdin mengesahkan Diana sudah memperoleh perintah hadanah iaitu hak penjagaan anak secara interim daripada Mahkamah Tinggi Syariah Tinggi Syariah Shah Alam pada 24 Mac  lalu.



Menurutnya, pihaknya memfailkan hadanah itu pada Khamis dan mahkamah membenarkan permohonan Diana pada Jumaat.

Namun tiada halangan untuk Farid berjumpa dengan anak-anaknya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button