Dinafikan perbicaraan adil, Pengampunan YDP Agong dipohon untuk bebaskan Najib segera.

Kes rekaan  terhadap Datuk Seri Najib yang akibatkan hukuman penjara 12 tahun diharap akan dibatal dan digugurkan apabila permohonan ampun dari YDP Agong dilakukan.

Keresahan orang ramai apabila melihat keputusan semakan yang terlalu bergantung kepada perkara remeh temeh selain pembuktian yang solid untuk penjarakan Najib.

Malah terlihat pihak mahkamah menggunakan budi bicara Hakim dan bukan menggunakan dapatan salah melalui bukti.



Hanya berlindung belakang kuasa Hakim DSNR dipenjarakan.

47 bukti dibawa oleh pembela langsung tidak disentuh oleh hakim.

Kesalahan hakim sendiri tidak diambil peduli melalui pembuktian oleh SPRM.



Tiada langsung keputusan dilakukan dengan mengupas satu persatu bukti  dibawa oleh pihak penjatuh hukum.

Apa guna bukti yang dibawa oleh pihak Pembela jika akhir nya mahkamah hanya menggunakan andaian dan pendapat Hakim yang tidak merujuk bukti langsung?

Perkembangan terkini , pihak DSNR telah pun mula membuat proses keampunan di Raja untuk membebaskan DSNR segera.



Selain ini,  beberapa pihak mahu Ketua Hakim Negara disiasat ada pihak juga mahu DSNR diberi pengampunan oleh Yang Di Pertuan Agong.

Semakin lama semakin ketara kes hanya guna kuasa hakim dan bukan ikut amalan biasa mengikut pembuktian yang begitu nyata.

Tiada siapa berani persoal keputusan kerana ada Akta menghina mahkamah dan sebab itu , hakim hakim dilihat seolah olah ambil kesempatan terhadap akta itu.



Dalam permohonan pengampunan Diraja, hujah Hakim Kanan Datuk Rahman Sebli juga dsibawa kepada YDPA bagi pembuktian kes sememang berat sebelah dan Hakim hakim tidak menjalankan tugas dengan betul.

Maka, dengan permohonan ampun yang sedang diproses, diharap DSNR akan dibebaskan segera dan jika mahu bicara semula semua yang terbabit pada kes ini harus ditukar untuk melihat kes tiada ‘bias’ dan ada agenda tertentu .



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button