Harga emas melambung lepasi paras AS$2,000
NEW YORK: Harga emas pukal meneruskan kenaikan melepasi paras utama AS$2,000 apabila dolar dan hasil Perbendaharaan jatuh, manakala data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.
Situasi itu meningkatkan jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan walaupun kebimbangan meningkat terhadap inflasi yang dipelopori minyak.
Harga spot emas meningkat 1.9 peratus kepada AS$2,021.74 (RM8,908.62) seauns pada jam 10.48 pagi EDT selepas mencecah paras tertingginya sejak 9 Mac iaitu AS$2,024.79 (RM8,922.05) sebelumnya.
Niaga hadapan emas menambah 2.0 peratus kepada AS$2,040.80 (RM8,992.60).
Menjejaki keuntungan emas, logam berharga lain turut melonjak.
Perak melonjak 3.7 peratus kepada AS$24.88 (RM109.631) seauns, platinum naik 2.8% peratus kepada AS$1,013.60 (RM4,466.34), manakala paladium naik 1.2 peratus kepada AS$1,477.66 (RM6,511.18).
Emas menjadi daya penarik terutamanya dalam kalangan peniaga yang memegang mata wang lain dengan dolar menambah kerugiannya selepas data menunjukkan pembukaan pekerjaan AS pada Februari jatuh ke paras terendah hampir dua tahun manakala pesanan pembuatan juga merosot.
“Dengan data ekonomi yang lebih lemah daripada jangkaan, ia meramalkan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) sebenarnya semakin hampir dengan penghujung kitaran kadar faedahnya, dan kami telah melihat hasil menurun seiring dengan dolar dan ini terus memacu harga emas yang lebih tinggi,” kata Pengarah Perdagangan Logam di High Ridge Futures, David Meger.
Lonjakan harga minyak yang berlaku minggu ini selepas pemotongan pengeluaran mengejut oleh OPEC telah membantu emas yang secara tradisinya dianggap sebagai lindung nilai inflasi pilihan, meredakan tekanan biasa daripada kemungkinan kenaikan kadar faedah selanjutnya yang boleh dilaksanakan untuk mengekang tekanan harga yang meningkat.
Pasaran kini melihat kira-kira 40 peratus peluang kadar kenaikan Fed sebanyak suku asas mata pada Mei, dengan kira-kira 60 peratus lagi peluang untuk berhenti seketika.
Bagaimanapun, Ketua Penganalisis Pasaran di Exinity, Han Tan berkata, lebih banyak kenaikan kadar faedah masih boleh berlaku menyebabkan emas penurunan beberapa keuntungannya baru-baru ini.
– Reuters