Dua Tak Cukup, Wanita Nekad Cari Suami Yang Ketiga

Seorang wanita yang kini menjalinkan hubungan bersama dua orang lelaki secara serentak mendakwa perbuatannya itu mampu untuk mengatasi masalah kemurungan yang dihadapinya.

Memetik laporan New York Post, wanita Brazil yang bernama Lary Ingrid (Larissa) itu juga berhasrat untuk mencari pasangan ketiga dalam hidupnya.

Lary Ingrid, 27, yang juga merupakan pempengaruh media sosial itu berkata, masalah kemurungannya dapat diatasi ketika tampil dalam satu rancangan Se Liga VM di stesen televisyen Verdes Mares.



Saya tidak lagi berdepan dengan masalah kemurungan.

Difahamkan, Lary Ingrid mula menjalinkan hubungan dengan individu lain selepas pasangannya, Italo Silva, 25, mendapat idea untuk mereka menjalinkan hubungan dengan individu lain.

Dia kemudiannya bersetuju untuk memilih rakan zaman kanak-kanak kepada Silva, Joao Victor, 18, selepas mereka menandatangani perjanjian untuk ‘tetap bersama’.

Hasil daripada hubungan itu, Lary Ingrid kemudiannya melahirkan seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki selepas menjalinkan hubungan serentak dengan Italo Silva, 25, dan Joao Victor, 18.



Sumber: New York Post

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button