Coolio meninggal dunia akibat pengambilan berlebihan dadah fentanyl
LOS ANGELES : Enam bulan selepas ditemui tidak bernyawa di rumah kenalannya di sini, penyanyi Gangsta’s Paradise, mendiang Coolio, disahkan meninggal dunia akibat pengambilan dadah fentanyl secara berlebihan, mengikut maklumat dikongsi pengurusnya, hari ini.
Pengurus Coolio, Jarez Posey berkata, keluarga penyanyi yang pernah meraih trofi Anugerah Grammy bagi kategori persembahan rap solo terbaik pada 1996, sudah dimaklumkan mengenai punca kematian penyanyi itu, lapor Reuters.
“Keluarga Coolio dimaklumkan Pejabat Koroner Los Angeles mengenai pengambilan fetanyl secara berlebihan pada Khamis,” katanya.
Bagaimanapun, Reuters melaporkan, Pejabat Koroner Los Angeles tidak memberi maklum balas berhubung laporan punca kematian ‘rapper’ itu.
Posey berkata, anak-anak Coolio sedang merancang memperingati bapa mereka melalui penerbitan dokumentari dan filem.
Dilahirkan di Pennsylvania pada 1963, Coolio mula membuat persembahan selepas menjadi sebahagian komuniti hip hop West Coast sebaik berpindah ke Compton, California.
Album sulungnya, It Takes a Thief yang dilancarkan pada 1994 bolos senarai Top 10 melalui single Lakeside.
REUTERS