Salah laku Maimon dan Nazlan akan diadu kepada Istana

Oleh Adam Malik

Proses pembebasan  Datuk Seri Najib Razak sedang giat diusahakan oleh pelbagai pihak.

Perkembangan terkini dapati DSNR tidak sesuai duduk didalam penjara walaupun seminit.



Jika pada awal tuduhan dikenakan terhadap DSNR sudah ada ramai pihak menyatakan ia sekadar tuduhan rekaan kerajaan Tun Mahathir dan ciptaan untuk ‘justify’ fitnah yang dibuat Ketika kempen PRU14 , Ketika itu ramai yang tidak percaya.

Kini, setelah begitu ketara dengan pelbagai bukti yang muncul , maka kes DSNR dan hukuman terhadap nya seharus di ‘nullified’.

Paling menjadi bualan ada lah kesalahan yang dilakukan oleh Hakim Nazlan Mohd Ghazali di ikuti oleh Ketua Hakim Negara yang melindungi nya.



Nazlan telah didapati ada salah laku Bagai disahkan oleh Menteri Undang Undang Datuk Azalina Othman melalui siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Sementara itu Tindakan Ketua Hakim Negara Tengku Maimon juga mempertahankan perilaku Nazlan dari disiasat menjadi persoalan kerana tiada mengikuti mana mana Akta yang sedia ada.

Ia umpama mencipta alasan sendiri untuk melindung orang sendiri atas nama “adab’ dan ‘protokol” dimana ia semata mata alasan dicipta.



Jika SPRM laksana ‘adab’ dan ‘protokol’ pun sudah pasti ada alasan lain untuk tetap menghalang Nazlan dari didakwa.

Dengan Zeti Aziz masih bebas kesana kemari dengan MC nya, jelas sekali seolah olah ada tangan ghaib menahan kedua dua mereka dari didakwa.

Walaupun sudah banyak pihak menyebut  nama ‘individu’ dibelakang semua ini, kerana menjaga kepentingan nya,



Namun apabila perlu diseret Nazlan dan Maimon makai ia tetap harus dilakukan juga.

Dilaporkan pihak tertentu akan membawa kisah ketidakadilan perbicaraan DSNR ke Istana Negara dalam waktu terdekat ini, dan sambil itu perilaku kedua hakim akan juga dibentangkan.

Menurut laporan portal tertentu ,Istana Negara juga ‘aware’ berkenaan apa yang terjadi , maka proses pasti akan lebih senang kerana hal ini.



Tiada siapa kebal dari diambil Tindakan jika ada kesalahan, itu lah sebenar nya berkenaan Perlembagaan dan rukun negara kita, seseorang harus menjawab kesalahan atas perbuatan nya dan bukan dilindungi oleh jawatan nya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button