Lelaki warga emas meninggal dunia selepas 15 hari dirawat

Kluang: Lelaki warga emas yang koma selepas makan hidangan ikan buntal bulan lalu, meninggal dunia, hari ini.

Mangsa, Eng Kuai Sin@ Ng Chuan Sing 84, meninggal dunia selepas 15 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), di sini.

Perkara itu disahkan anaknya Ng Ai Lee, 51 yang memaklumkan ayahnya meninggal dunia pada 6.10 pagi, hari ini.



Eng dirawat di hospital berkenaan sejak 25 Mac lalu selepas makan hidangan ikan buntal goreng, manakala isterinya Lim Siew Guan, 83, meninggal dunia selepas beberapa jam dirawat.

Sebelum ini, media melaporkan wanita warga emas yang maut selepas makan hidangan ikan buntal di Kampung Chamek, Paloh, dekat sini, lalu tidak mengetahui spesis ikan itu beracun.

Ng dipetik berkata, ayahnya membeli ikan berkenaan daripada seorang penjaja van yang datang ke kediaman orang tuanya dan sudah sekian lama menjadi pelanggan tetapnya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button