Ribut landa lebih 20 lokasi di Putra Perdana

PUTRAJAYA: Lebih 20 lokasi di sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Apartmen Angsana Bukit Puchong 2 terjejas akibat ribut, sabtu lalu.

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu menyebabkan beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk mengalami kerosakan.

Ahli Jawatankuasa Penduduk Siantan, Putra Perdana, Fakarulnaim Mohamed Isa, 50, berkata ribut melanda kira-kira 20 minit dan disusuli hujan lebat.



Katanya, keadaan kali ini lebih teruk berbanding dua tahun lalu kerana lebih banyak kerosakan dialami penduduk, termasuk kira-kira 15 kereta dihempap pokok tumbang.

Katanya, kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang dibantu oleh pasukan bomba dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).

“Sepanjang 23 tahun tinggal di sini, ribut kali ini paling teruk tetapi syukurlah tiada sesiapa cedera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah, sudah menghubungi pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan segera dan mengenal pasti kerosakan.

“Insya-Allah, bantuan sewajarnya akan disalur kepada penduduk terjejas.

“Terima kasih kepada komuniti setempat yang bertindak pantas membantu.

“Saya bersimpati dengan semua yang terkesan dan berharap penduduk bersabar dalam menghadapi dugaan ini,” katanya.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button