Brundo muncul wira Sri Pahang

Kuantan: Tandukan pada masa kecederaan oleh pemain pertahanan Sri Pahang FC, Stefano Brundo memastikan kemenangan 1-0 ke atas Kelantan United di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad Tok Gajah mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi lapan perlawanan manakala Kelantan United kekal di tangga tercorot Liga Super.

Namun, corak permainan kedua-dua pasukan hambar dan hanya beberapa percubaan mampu dilakukan.



Bagi tuan rumah, peluang terbaik untuk menjaringkan gol pendahuluan menerusi Kpah Sherman apabila rembatan penyerang import itu tersasar pada minit ke-16 dan Sherman merembat tinggi melepasi palang pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua, corak permainan kedua-dua pasukan lebih agresif dan lebih banyak serangan berbanding separuh masa pertama.

Pada minit ke-68, Baqiuddin Shamsuddin hampir meletakkan skuad Tok Gajah di hadapan, tetapi bola rembatannya diselamatkan penjaga gol lawan, Muhamad Ilham Amirullah Razali.

Ketika perlawanan dijangka berakhir dengan seri tanpa jaringan, Brundo muncul wira Sri Pahang apabila menanduk masuk gol pada masa kecederaan.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button