Demi imej dan reputasi undang undang negara dan Badan Kehakiman , Najib harus dibebaskan.

Oleh Adam Malik

Jangan terkeliru dengan permainan politik setengah pihak yang cuba pengaruhi rakyat berkenaan kes terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun DSNR telah dijatuhi hukuman namun, semua pihak harus melihat cara kes dilaksanakan dan cara perbicaraan dikendalikan.



Pihak pihak yang berkepentingan harus lihat pembebasan DSNR dari sudut undang undang dan bukan kerana politik.

Terlalu jelas kepincangan berlaku didalam melaksana keadilan terhadap DSNR.

Kes DSNR telah mengakibatkan negara mendapat malu besar tambah lagi ada yang terkait sama masih belum didakwa.

Selain itu didalam kes DSNR ini telah terlihat bagaimana hakim hakim sengaja di atur dan dipilih sesuai untuk perkenakan DSNR dengan berselindung belakang kuasa mahkamah dan hakim.



Setelah ini dilakukan, pelbagai permintaan pihak pembela OKT dihalang mendapat pelbagai hak dan permohonan ditolak mentah mentah oleh mahkamah.

Mahkamah dan hakim juga telah membuat keputusan yang tiada didalam peruntukan kuasa hakim seperti menghalang menukar peguam yang kini sudah jadi “precedence” baru undang undang.

Pada perkembangan terkini selepas DSNR dijatuhi hukuman, pihak pembela telah memperolehi maklumat baru berkenaan pembabitan Hakim didalam Maybank dan juga Hakim Nazlan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.



Maklumat dan bukti ini pula dihalang dibawa masuk kedalam mahkamah oleh dua mahkamah selepas mahkamah pertama.

Kedua mahkamah enggan mendengar maklumat dan bukti baru , sebalik nya hanya ‘copy paste’ apa yang diputuskan oleh mahkamah Pertama yang didengari oleh Hakim Nazlan Ghazali.

Maka, jika Nazlan sudah khilaf . dua mahkamah juga turut khilaf kerana telah ‘rubber stamp’ apa yang Nazlan putuskan.

Maka, persoalan pembebasan DSNR harus berdasarkan perkembangan terbaru berkaitan kedudukan kes  nya dan bukan atas dasar naratif sebelum banyak perkara diketahui.



Sesiapa yang hormati undang undang seharus hormati DSNR dibebaskan kerana kes nya dikendali penuh kepincangan.

Imej negara berkaitan undang undang sudah pun jatuh dan merudum semenjak perkara baru banyak terdedah.

Selain imej Ketua Hakim negara yang sangat terjejas dan tercemar kerana dilihat begitu bermusuh dengan OKT , undang undang negara juga jadi kotak katik kerana dilihat tidak jujur dan tidak Amanah.

Apabila hakim didapati ada kesalahan dan mahu didakwa Ketua Hakim seolah olah menghalang nya,



Sepatut nya Ketua Hakim berbesar hati biarkan Hakim Nazlan didakwa atas dasar menghormati undang undang.

Ketua Hakim telah mencipta satu perkara yang tidak ada didalam etika mahkamah.

Meletakkan syarat kepada sesiapa yang mahu mendakwa hakim mesti ada adab dan protokol ada lah satu syarat baru yang dicipta oleh Ketua Hakim yang tiada didapati didalam peruntukan undang undang.

Adakah Ia semata mata untuk menghalang hakim dari didakwa lalu boleh akibatkan terdedah perkara perkara yang mungkin runtuhkan kes terhadap DSNR?



Itu kita tidak tahu selagi Hakim Nazlan belum didakwa.

Rumusan nya, imej undang undang negara dihancur kan oleh pengamal undang undang sendiri.

Maka, bebaskan DSNR terlebih dahulu, jika mahu dakwa juga, buka kes baru dengan satu set hakim hakim baru yang tidak berpihak.

Ini boleh baiki imej perundangan dan badan kehakiman yang terjejas sangat teruk.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button