Tidak mengejutkan pemimpin UMNO lompat parti, mengejutkan bila yang khianat belum lompat lagi.

 

 

UMNO Tidak terkejut jika ada yang melompat, Hanya terkejut bila yang tidak setia masih tidak mahu melompat.

Ini adalah perkara yang pemimpin PAS Tuan Ibrahim Tuan Man harus tahu.

Pemimpin PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan akan ada kejutan apabila nanti seorang bekas pemimpin UMNO akan melompat keparti PAS atau parti lain.

Simpati untuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sering kurang maklumat baru.



UMNO seperti mana mana parti juga akan dapati masalah sama, ia itu ahli yang tidak berpuas hati akan melompat.

Maka , usah lah TITM merasakan ia satu kejutan apabila kluster kluster bermasalah ini melompat parti.

Tun Mahathir sendiri sudah melompat beberapa parti pun sebab menjaga kepentingan nya.

Apa yang sangat mengejutkan dan menakutkan UMNO ada lah apabila ahli yang sah jadi pengkhianat dan jadi talibarut pihak lawan masih belum lompat lompat lagi dari UMNO.



Itu lah yang mengejutkan dan menakutkan UMNO.

Apa rencana mereka terhadap parti juga menjadi syak wasangka.

Jika jiwa raga sudah menyembah parti lawan dan akur kepada Presiden lawan, kenapa masih belum lompat lompat lagi kepada parti lawan?

Dr Puad Zarkaashi juga dalam kenyataan nya memberi tahu TITM, jika setakat pemimpin UMNO melompat ke parti PAS atau parti lawan, itu bukan kejutan kata Puad Zarkashi.

Itu biasa.

 

 

Sejak kebelakangan ini, akibat ketakutan hendak didakwa pemimpin PAS telah cuba membuat pelbagai ‘intimidation’ terhadap kerajaan.

PAS dan Parti Bersatu telah cuba menakut nakutkan pihak kerajaan supaya mereka tidak didakwa.

Muhyiddin dengan cara ugutan menyatkan bahawa kerajaan tidak kekal dan boleh bertukar , katanya Ketika bercakap di Parlimen supaya kerjaan Anwar Ibrahim tidak membuka kes.

Haji Hadi pula cuba membuat andaian kerajaan akan tumbang dengan jumlah SDc yang sudah cukup.

Ini semua kerana takut mereka didakwa rasuah.

Namun, mereka mereka ini lupa apa mereka telah lakukan terhadap pihak UMNO dan pemimpin UMNO seperti terhadap Datuk Seri Najib dan Zahid Hamidi Ketika mereka menjadi kerajaan.

Maka, sama ada akan ada lompatan dari UMNO kepada parti PAS atau tidak , itu tidak mengejut kan, yang mengejutkan bila yang patut lompat tidak lompat lompat lagi.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker