Shahronizam putus jari kelingking

KUALA LUMPUR: Aktor Shahronizam Noor, 51, putus jari kelingking selepas pisau terlepas daripada pegangan ketika memotong ayam di rumahnya, semalam.

Suami kepada penyanyi Safura Yaacob itu dikejarkan ke Hospital Ampang selepas jari kelingking terkulai dan putus.

Mengesahkan insiden malang itu, anak tirinya, Daniel Hairi.



Daniel berkata, kejadian berlaku selepas mereka sekeluarga berbuka puasa di rumah.

“Abah mahu memotong ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan.

“Malangnya, pisau yang dipegang tersasar lalu terkena jari kelingkingnya ketika sedang memotong ayam.

“Melihat jari kelingking terkulai dan putus, kami segera membawa abah ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan selepas melihat kecederaannya teruk,” kata anak Safura bersama bekas suaminya, Hairi Kool itu.



Daniel berkata, petugas perubatan berjaya menghentikan pendarahan dan membalut luka, manakala jari kelingking yang putus dimasukkan dalam bekas serta dibekukan.

“Ketika itu, tiada doktor pakar, yang ada hanya petugas perubatan.

“Abah bernasib baik kerana mereka berjaya menghentikan pendarahan walaupun jari kelingking sudah putus.

“Petugas perlu tunggu pengesahan doktor pakar sama ada jari kelingking boleh disambungkan atau sebaliknya.



“Namun, doktor pakar mengesahkan jari kelingking tidak dapat diselamatkan kerana urat arteri sudah putus,” ujarnya.

Mengulas keadaan pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam dan Anak Perjanjian Syaitan, Daniel berkata, bapa tirinya kini semakin stabil.

“Walaupun sedih tiada lagi jari kelingking, abah reda dengan ujian menimpanya pada Ramadan ini.

“Keadaan abah semakin stabil dan kini sedang berehat sehingga luka dialaminya sembuh sepenuhnya,” katanya.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button