Azmin ada ‘Trojan Horse’ dalam Kerajaan Perpaduan?

Oleh – Bakhriar Omar


Azmin simpan 'trojan horse' dalam Kerajaan Perpaduan?

Bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah lama meninggalkan parti itu dan berhijrah ke Parti Pribumi BERSATU Malaysia berikutan ‘Sheraton Move’ yang menyaksikan keruntuhan Kerajaan PH pada 2020.



Azmin Ali begitu berpengaruh terhadap BERSATU sehingga diberikan kedudukan istimewa walau tidak bertanding mana-mana jawatan dalam parti.

Begitu kuatnya pengaruh Azmin di waktu itu sehingga beliau mampu meletakkan ‘Trojan Horse’ beliau di mana-mana agensi kerajaan bagi memastikan sokongan serta kepentingan terhadapnya sentiasa ada.

Mengejutkan sekali, sehingga hari ini, ternyata Azmin masih mempunyai ‘orang’ dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar Ibrahim. 

KEPENTINGAN PERIKATAN NASIONAL TERUS ‘TERJAGA’ DALAM kERAJAAN PERPADUAN?

Azmin berjaya meletakkan orang kepercayaannya dalam agensi yang mampu memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional mempengaruhi apa-apa keputusan yang akan dilakukan Kerajaan Perpaduan.



Desas-desus pula menyatakan ‘orang’ Azmin berada dalam sebuah Kementerian yang begitu berpengaruh dan Menteri yang menerajuinya pula merupakan musuh tradisi ketika bersama di dalam PKR.

Pengaruh ‘Orang Azmin’ pula dikatakan agak kuat apabila mampu menjawat jawatan tinggi dalam masa singkat dan mempunyai pengaruh terhadap Perdana Menteri tanpa perlu merujuk kepada Menteri.

SIAPA ‘ORANG AZMIN’ DALAM KERAJAAN PERPADUAN?

Namun demikian, ‘Orang Azmin’ masih lagi berselindung di sebalik imej yang konon menyokong penuh PMX tetapi dalam masa sama memastikan apa yang dimahukan serta yang dirancang Azmin terus berjalan lancar tanpa halangan.

Adakah PMX hanya akan membiarkan ‘Orang Azmin’ ini terus berkuasa dalam Kementerian dan bebas melakukan apa sahaja selaras kehendak Azmin?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button