Mengapa Masih Di Pertikaikan Penafian Keadilan Untuk DS Najib?

Mengapa Masih Di Pertikaikan Penafian Keadilan Untuk DS Najib?

Mengapa Masih Di Pertikaikan Penafian Keadilan Untuk DS Najib?

Mereka yang berkeras mengatakan tidak ada ketidakadilan atau campur tangan eksekutif dalam kes DS Najib perlu menjawab 4 soalan yang sangat asas ini:

1) Bagaimanakah hakim paling junior dengan sifar pengalaman mengendalikan kes jenayah dipilih untuk mengetuai perbicaraan kes berprofil tinggi?



Bukankah beliau dilantik khas untuk menggantikan hakim sedia ada yang sudahpun memulakan perbicaraan?

Lebih teruk lagi laporan SPRM jelas menyatakan 3 lagi hakim telah didekati secara rahsia untuk mengambil alih kes.

Tetapi mereka telah menolak dengan alasan tertentu sebelum Nazlan bersetuju.

2) Mengapa Dr Mahathir melanggar Akta Perlantikan Kehakiman 2009?



Bukankah ia merupakan sebahagian daripada perlembagaan negara.

Mengapa beliau melantik Hakim Mahkamah Persekutuan yang paling junior untuk menjadi Ketua Hakim Negara?

Serta mengapa Dr Mahathir menolak calon Ketua Hakim Negara yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Hakim atau JAC?

3. Bagaimanakah Ketua Hakim Negara boleh tiba-tiba mencipta protokol baru yang tidak pernah wujud sebelum ini?



Dan menganggap secara retrospektif SPRM telah melanggar protokol yang baru diwujudkannya itu?

Perkara ini disahkan, malah dibidas oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Hamid sendiri.

4. Bagaimana Ketua Hakim Negara boleh dengan tiba-tiba mencipta undang-undang baru?

Beliau mengatakan mahkamah mempunyai kuasa untuk menghalang peguam daripada berlepas diri dalam mewakili sesuatu kes jenayah.



Malah memaksa peguam berkenaan untuk duduk diam-diam di mahkamah yang mana undang-undang yang memberi kuasa sedemikian tidak pernah wujud sebelum ini di Malaysia dan di dunia?

Sekiranya anda sekelian masih lagi memilih untuk mempertahankan kezaliman, itu adalah hak anda.

Namun sekiranya anda sudah sedar, janganlah dihalang hak untuk mendapatkan keampunan DS Najib.

Kerana hak untuk mendapatkan keadilan telah pun dinafikan sepenuhnya oleh pihak tertentu.



Ingat, kehidupan manusia tidak akan hanya berakhir di dunia.

Di akhirat nanti, kita semua akan diadili atas setiap yang kita lakukan di dunia ini di hadapan Allah SWT.

 

Mengapa Masih Di Pertikaikan Penafian Keadilan Untuk DS Najib?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button