Ah-Moi mangsa terbaru ‘Penyondol’
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Seorang influencer dikenali sebagai Shermine Hau-Ah Moi menjadi mangsa terbaru penyondol rumahtangganya.
Pendedahan mengejutkan yang dilakukan Shermine Hau turut mendedahkan wajah ‘penyondol’ yang menyebabkan keretakan rumahtangganya.
‘Penyondol’ yang dikenali sebagai Mira merupakan salah seorang pekerja syarikat Shermine.
Terbaru, Shermine mendedahkan beliau kini berada dalam ketakutan kerana pendedahan yang dilakukannya.
Pendedahan Shermine ini merupakan sesuatu yang agak mengejutkan kerana sebelum ini dunia media sosial tertumpu kepada kes ‘penyondol’ melibatkan Syamsul Yusoff, Puteri Sarah dan Ira Kazar.
Siapapun tidak menyangka watak sebenar suami kepada Ah Moi jika beliau tidak mendedahkannya. Dalam satu posting di facebook, Ah Moi berkongsi satu klip yang memperlihatkan beliau dipukul oleh sang suami.
Ramai kalangan netizen mula menghujani posting Ah Moi dan meninggalkan pelbagai komen di ruangan komentar. Ada yang mahu Ah Moi bertindak tegas dan menuntut Hak beliau sebagai seorang isteri, tidak kurang juga golongan ‘Bawang’ yang sentiasa dahagakan gosip rumahtangga orang.