Kebakaran dahsyat bunuh 18,000 lembu

Texas: Letupan dan kebakaran mengerikan di sebuah ladang tenusu di Texas Amerika Syarikat, membunuh 18,000 lembu dan mencederakan seorang petani.

Kejadian itu berlaku di Southfork Dairy Farms berhampiran bandar Dimmitt, Texas Panhandle, malam Isnin lalu.

Pesuruhjaya Pertanian Texas, Sid Miller menyifatkan kejadian terburuk sejarah ladang Texas.



Katanya, penyiasatan serta pembersihan mungkin mengambil sedikit masa.

Pejabat Sherif Castro berkata, pihaknya dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Mangsa berjaya diselamatkan dan diterbangkan ke hospital di Lubbock, katanya dalam Facebook.



Sherif Castro Sal Rivera memberitahu sekutu CBS di Amarillo berkata, sistem untuk mengeluarkan baja dari kandang mungkin terlalu panas hingga menyebabkan tragedi itu.

“Metana mungkin menyala sebelum merebak dengan letupan dan kebakaran.

“Namun, siasatan perlu dilakukan bagi menentukan punca tepat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Institut Kebajikan Haiwan menggesa pemilik ladang mempertingkatkan langkah keselamatan kebakaran bagi melindungi haiwan ternakan.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button