Polis siasat kekecohan di Pasar Raja Bot

KUALA LUMPUR: Polis membuka satu kertas siasatan berkait kekecohan yang berlaku di Pasar Raja Bot, Chow Kit di sini, seperti dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wang, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata video kekecohan yang tular itu dikesan oleh pihaknya pada jam 8.30 malam tadi.

“Terkesan ‘tag’ Twitter Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu hantaran di Twitter milik ‘mambiar24’ satu video TikTok milik akaun ‘mustafa_khan1992’ memaparkan insiden kekecohan membabitkan beberapa individu di Pasar Raja Bot.



“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur sudah pun membuka satu kertas siasatan ke atas video sama yang tular sebelum ini pada 11 April lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Noor Dellhan, siasatan sedang berjalan dan beberapa individu serta pihak tertentu sudah dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

Menerusi rakaman video berdurasi 50 saat kelihatan berlaku kekecohan di dalam sebuah pasar raya dan di perkarangan pasar raya terbabit membabitkan beberapa individu memakai ves dipercayai dari sebuah persatuan peniaga serta peniaga gerai di situ.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button