Ada pihak bimbang kerja konspirasi akan terdedah jika Najib bebas?

Oleh Adam Malik

Isu paling panas sejak kebelakangan ini ada lah isu pembebasan dan pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana DSNR sudah sepatut bebas jika ambil kira perjalanan kes dan juga salah laku Hakim Nazlan Mohd Ghazali.

Namun , muncul pula puak puak yang tidak bersetuju jika DSNR dibebaskan.



Bukan sahaja tidak bersetuju , bahkan turut menentang habis habisan terhadap usaha pembebasan itu.

Majlis Peguam , NGO BERSIH, Ambiga , Syed Saddiq , Khairy Jamaluddin , Parti BERSATU dan terkini Lim Kit Siang.

Ini semua kita faham sebab mereka mereka memiliki agenda tersendiri.

DSNR dikenakan pelbagai dakwaan Ketika kerajaan PH1.0 dipimpin oleh Mahathir menjadi Perdana Menteri.



Maka, jika DSNR dibebaskan, ada kemungkinan mereka takut seluruh kerja konspirasi mengenakan DSNR akan terdedah.

Sambil itu mereka mengkritik usaha penyebaran kisah Nazlan disiasat oleh SPRM dan salah laku nya diketahui oleh seluruh rakyat.

Ini kerana mereka takut jika kisah salah laku dan rasuah  Nazlan terdedah , maka kerja menyelamatkan Nazlan akan menjadi lebih sukar.

Jika Nazlan didakwa maka akan terdedah kerja kerja mengatur kes dan terlondeh semua rahsia.

Pelik , dalam konon konon mereka membenci rasuah, namun apabila rasuah itu membabitkan pihak yang mereka ada kepentingan, terus mereka menghalang untuk didedahkan dengan bermacam macam alasan.

Terkini , Lim Kit Siang juga turut memberi pandangan tidak bersetuju dengan pembebasan DSNR.

Apa pun alasan yang diberi oleh LKS , namun Dr Puad Zarkashi memberi respon dengan menyatakan LKS bimbang Najib yang bebas akan akibatkan kerajaan Anwar tergugat.

 

Sebenar nya pembebasan DSNR bukan lagi atas hal hal remeh temeh, tetapi atas sebab sememang patut dibebaskan kerana kes tersangat pincang dan penuh kecacatan.

Ia diakui sendiri oleh salah seorang hakim paling kanan dalam mahkamah ia itu Datuk Rahman Sebli.

Jika mahu dakwa DSNR juga, maka seharus buka bicara semula dengan satu set para hakim yang dipilh ikut aturan sistem mahkamah dan bukan cara ‘pick and choose’.

Ada pihak memikirkan implikasi besar jika DSNR dibebaskan kerana ia boleh meruntuhkan kerja konspirasi  yang telah dilakukan , tambah lagi DSNR sangat vokal memberi pendapat dengan berfakta.

Ini belum diambil kira pendedahan jika Hakim Nazlan disoal jawab didalam mahkamah jika dia berjaya didakwa.

Pasti sekali Nazlan akan memetik beberapa nama dan mengheret mereka ke dalam mahkamah memberi keterangan.

Maka, atas sebab ini dan juga beberapa sebab lain , mereka mereka ini akan mati matian menghalang DSNR dibebaskan dan Nazlan didakwa.

Pada awal isu pun semua sudah tahu bagaimana Tun Mahathir menyuruh mendiang Gopal Sri Ram berjumpa Tan Sri Appandi Ali dan menyuruh menangkap DSNR.

Lalu, bermula dari itu , boleh lah di rungkai siapa dibelakang konspirasi ini semua.

Kini, kerja kerja menghalang DSNR dibebaskan pasti nya akan dilakukan dengan segala kemampuan, kerana bebas sahaja DSNR , pihak tertentu pula yang akan menghadapi mimpi ngeri setiap malam.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker