Drefel buat Juve merana

Milan: Juventus tewas 0-1 kepada Sassuolo hasil jaringan Gregoire Drefel untuk kekal di tangga ketujuh aksi Serie A awal pagi tadi.

Kekalahan itu meletakkan Juventus di bawah slot Eropah selepas gergasi Turin itu dipotong 15 akibat aktiviti perpindahan tidak sah pada Januari lalu.

Pendahulu Napoli seri kelmarin ketika Itali menunggu parti di Naples susulan Napoli tampak semakin hampir menjulang gelaran liga pertama mereka sejak era Diego Maradona.



Bakal juara itu kini berkelebihan 14 mata di puncak selepas skuad kedua mereka hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Verona manakala pasukan di tangga kedua Lazio menang di Spezia Jumaat lalu.

Skuad Roma kendalian Jose Mourinho turut mencapai kemenangan apabila menewaskan Udinese 3-0 dengan Eduardo Bove menolak bola masuk selepas penaltinya ditampan untuk gol pendahuluan.

Lorenzo Pellegrini dan Tammy Abraham turut menjaringkan gol untuk Roma yang menduduki tangga ketiga, lima mata di hadapan Inter.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button