Kecoh pasukan polis masuk masjid pakai kasut di Sumatera Barat

Kecoh pasukan polis masuk masjid pakai kasut di Sumatera Barat

Kecoh pasukan polis masuk masjid pakai kasut di Sumatera Barat
TANGKAP layar video yang menunjukkan pasukan polis masuk ke dalam masjid sambil memakai kasut. – AGENSI

JAKARTA: Ketua Polis Sumatera Barat, Suharyono menegaskan tidak ada seorang pun anggotanya memijak tempat solat di Masjid Raya Sumatera Barat ketika menyuraikan demonstrasi di Padang, kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Suharyono selepas tular satu video menunjukkan pasukan polis tiba di masjid berkenaan dan menyuraikan tunjuk perasaan yang dilakukan sejumlah penduduk Air Bangis.

“Kami dimaklumkan anggota polis masuk ke ruang solat di dalam masjid itu sambil memakai kasut dan ingin saya jelaskan bahawa dakwaan itu tidak benar.



“Sebaliknya, ruang yang dimasukan anggota polis itu adalah tempat yang digunakan oleh penduduk setempat untuk tidur,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Jelas Suharyono, ruang tersebut bukanlah tempat melakukan ibadat, bahkan ia merupakan ruangan untuk melakukan pertemuan dan pelbagai aktiviti seperti dewan.

Katanya, ada juga penunjuk perasaan yang memasuki ruang itu sambil memakai kasut.

Dalam pada itu, Pengurus Harian Masjid Raya, Rizardi Maarif menyokong penjelasan Suharyono.



“Ruang itu sering digunakan oleh penduduk untuk berehat dan tidur, maka kita letak permaidani untuk beri keselesaan dan rupanya kelihatan seperti ruang solat,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu video menunjukkan pasukan polis menyerbu masuk ke dalam masjid sambil memakai kasut untuk menyuraikan protes.

Polis dilaporkan cuba menghantar kumpulan penunjuk perasaan itu pulang ke kampung halaman mereka di Pasaman Barat selepas melakukan protes selama enam hari di masjid berkenaan.

Protes itu itu bertujuan menolak projek strategi nasional (PSN) Gabenor Sumatera Barat.



Kecoh pasukan polis masuk masjid pakai kasut di Sumatera Barat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading