Ramai puji Achraf Hakimi
London: Bekas petinju profesional, Andrew Tate menyokong pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi di tengah-tengah isu penceraian bintang bola sepak itu dengan model dan pelakon, Hiba Abouk.
Pemain bola sepak Maghribi berusia 24 tahun itu, yang mengaku tidak bersalah selepas seorang wanita menuduhnya melakukan serangan seksual di rumahnya pada 25 Februari lalu, menjadi tajuk utama berhubung tindakan bijaknya untuk isu perceraian dengan bekas isterinya.
Tate dan seluruh dunia terkejut apabila mengetahui bahawa semua harta Hakimi adalah di bawah nama ibunya selepas bekas isteri bintang bola sepak itu memfailkan cerai dan meminta untuk memperoleh separuh daripada asetnya.
Tate yang juga personaliti kontroversi di media sosial, kagum dengan ‘permainan’ Hakimi ketika memberi komen di bawah artikel dekat twitter berkaitan isu berkenaan.
Hakimi kini sedang melalui proses perundangan membabitkan dakwaan merogol.
Seorang wanita menuduh pemain Hakimi cuba merogolnya di rumahnya sebelum dia berjaya melarikan diri, namun Achraf Hakimi kekal dengan pengakuan tidak bersalah.
Bekas petarung UFC, Francis Ngannou sangat kagum dengan pemain berusia 24 tahun itu apabila menulis: “Master class Hanya ada seorang sahaja @AchrafHakimi ,” katanya.
Bulan lalu, Hiba buat kali pertama bersuara berhubung dakwaan rogol terhadap Hakimi apabila berkata dia akan sentiasa berada di sisi mangsa.
Dia juga memutuskan untuk berpisah dengan Hakimi sebelum suaminya itu berdepan dakwaan merogol, tetapi tidak menjelaskan sebab di sebalik perpisahan itu.
Hiba, dikenali Hakimi pada 2018 ketika dia beraksi untuk Dortmund di Jerman, berusia 12 tahun lebih tua daripadanya.
Agensi