Polis siasat lelaki ‘tunggu dengan kayu’ kumpulan penunggang buat bising petang Raya

Polis siasat lelaki ‘tunggu dengan kayu’ kumpulan penunggang buat bising petang Raya

Polis siasat lelaki 'tunggu dengan kayu' kumpulan penunggang buat bising petang Raya
Lelaki yang memegang kayu yang dipercayai menghalang sekumpulan penunggang motosikal. – Foto tular

KEMAMAN: Polis menyiasat tindakan seorang lelaki yang memegang objek berupa kayu dipercayai tidak berpuas hati dengan sekumpulan penunggang motosikal.

Ketua Polis Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata siasatan itu dilakukan berdasarkan tular rakaman video tular di aplikasi TikTok petang semalam.

Menurutnya, kejadian itu dikatakan berlaku di Kilometer 157, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan lampu isyarat Geliga, kira-kira jam 6.45 petang Sabtu.



@majoritiofficial

Hantar sorang je, yang menggelupur seratus orang😆 Adik-adik.. kan banyak lagi aktiviti berfaedah macam kira bulu ayam, sikat bulu kambing. haihhh.. Berita penuh dalam artikel #kemaman #terengganu #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia

♬ jedag jedug capcut 2023 – afrian af

“Kita turut mengesan semua pihak yang terbabit kejadian berkenaan untuk siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta tampil membantu,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Hanyan berkata, orang ramai diminta tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang menimbulkan rasa tidak berpuas hati dan sebaliknya perlu melaporkan kepada polis.

“Kes ini kita akan siasat mengikut Seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

Video tular berkenaan memperlihatkan seorang lelaki berdiri di tepi jalan dengan memegang objek dua batang kayu untuk menghalau sekumpulan pemuda bermotosikal yang melalui tempat kejadian.

Polis siasat lelaki ‘tunggu dengan kayu’ kumpulan penunggang buat bising petang Raya

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button