Anwar Gesa Supaya Zeti Di Dakwa

Anwar Gesa Supaya Zeti Di Dakwa

Anwar Gesa Supaya Zeti Di Dakwa

Tidak pasti sama ada PMX, Anwar Ibrahim terlupa atau sengaja lupa.

Pada penghujung tahun 2020, Anwar atas kapasiti sebagai Presiden PKR menggesa kerajaan supaya Zeti Akhtar Aziz didakwa.

“Zeti mesti memberi penjelasan tentang sebarang pengetahuan yang beliau ada saat kes 1MDB terdedah”.

“Apakah ahli keluarganya turut mendapat manfaat kewangan hasil dari kesepakatan dengan Jho Low (Low Taek Jho)”.

“Kegagalan untuk menjawab persoalan ini akan mewujudkan prasangka dan keraguan terhadap integriti pengawal selia kewangan di negara ini”.

“Akaun-akaun luar pesisir yang berdaftar memberi petunjuk bahawa ia adalah milik ahli-ahli keluarga beliau”.

“Apakah atas kapasiti sebagai gabenor BNM, beliau telah dengan sedar membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari akaun-akaun bank di Malaysia?”

“Mereka yang mendapat faedah dan laba dari kes 1MDB ini mesti dibawa ke muka pengadilan”.

“Mereka yang bersekongkol mesti juga bertanggungjawab kerana tidak mungkin skandal ini terwujud tanpa persetujuan dari pelbagai lembaga kewangan dan peraturan”.

“Kegagalan untuk menghadapkan mereka ke muka pengadilan juga akan meletakkan Malaysia dalam keadaan terdedah kepada skandal semacam 1MDB di masa hadapan”.

“Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai bahan gurau senda tatkala kita gah berbicara soal ketelusan, kebertanggungjawaban dan melawan rasuah,” tegas Anwar ketika itu.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/117037/berita/nasional/terima-wang-1mdb-anwar-gesa-bekas-gabenor-bnm-beri-penjelasan

Ironiknya, Zeti masih lagi dilihat kebal dari sebarang tindakan undang-undang, walau pun Anwar kini berada di puncak kuasa.

Bukan sahaja Zeti dan keluarga beliau tidak didakwa di mahkamah.

Malah Zeti mencatat rekod dunia apabila mendapat ‘restu’ untuk tidak hadir memberi keterangan di mahkamah.

Penulis berharap sekarang ini Anwar masih lagi orang yang sama ketika membuat gesaan supaya Zeti didakwa 3 tahun dahulu.

 

Anwar Gesa Supaya Zeti Di Dakwa

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

One Comment

  1. Abg Non pandai ckp je… mcm org tua bergossip di kedai kopi di kampung²…
    Mcam kes mahdey… sampai ke sudah, apa pun tak de… ni kes zetty sama gak… hari tu ckp dia kena ugut konon sbb berpihak dgn palestin.. bila ditanya siapa yg ugut? Tiada jawapan… ini org hidup dlm filem tamil… yg masalah bila ngra Msia dibuatnya macam layar perak… naya mat!!!

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker