Apa sebenar nya yang Lim Kit Siang mahu?

Oleh Adam Malik

Beberapa bulan dulu , sebaik sahaja Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke10 , Lim Kit Siang ada memberi kenyataan kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim akan tumbang dalam masa satu tahun.

Ini bermakna kerajaan Anwar diramalkan akan tumbang sekitar bulan depan, jika kenyataan LKS diambil kira.

Namun , baru baru ini LKS  menafikan kenyataan lama nya itu.

Malah, selain menafikan . LKS juga menyatakan beliau bermaksud untuk memperkukuhkan kerajaan perpaduan dan untuk menyuruh UMNO perkemas kedudukan kerana DAP dan UMNO sudah berada didalam sebuah kerajaan yang sama.

Sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mahu Anwar menjadi Perdana Menteri untuk penggal penuh selama lima tahun untuk menghentikan kemunduran negara dan memulakan proses panjang untuk menjadikan Malaysia hebat semula.

Sama ada LKS sudah berjangkit penyakit yang sama dihadapi oleh Tun Mahathir, ia itu bercakap lain pada hari lain , itu kita kurang pasti.

LKS dan Lim Guan Eng pasti nya bukan dari kelompok yang sama dengan kelompok Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Maka, jika ada perselisihan antara yang berlainan kelompok , ia boleh difahami.

Pada kenyataan terbaru LKS , beliau mahu UMNO perkukuhkan kdudukan dan Kembali menjadi sebuah parti yang gah seperti sebelum ini.

Ini kerana andaian LKS , UMNO yang kukuh akan membawa kebaikan kepada  kerajaan Perpaduan sendiri dan akan membantu kedudukan Anwar Ibrahim.

 

Sama ada LKS jujur dengan kenyataan terbaru nya atau mungkin juga ada kebenaran kerana ketakutan terhadap gabungan Perikatan Nasional menjadi kerajaan semula.

Sehingga kini DAP masih belum berjaya membuat karenah seperti bersama kerajaan PH1.0 bawah Mahathir.

UMNO sering memantau DAP sehingga acara lawatan ke gereja anjuran seorang pemimpin DAP juga mendapat bantahan dari UMNO.

Pada kerajaan PH1.0 dibawah Mahathir, DAP berjaya mendapat pelbagai Hasrat mereka dilaksana kan.

Dari saranan pengurangan kakitangan kerajaan, penjualan aset milik Tabung haji dan beberapa perkara lagi.

Terkini, LKS bercakap sebagai nada lidah yang bercabang pula.

Bagaimana mahu perkukuhkan UMNO yang konon berkongsi kerajaan bersama Anwar dan DAP jika LKS menyatakan pengampunan terhadap Datuk Seri Najib akan memusnahkan kerajaan Perpaduan?

Seolah olah bercelaru dalam pendirian berkata perkara berlawanan dalam satu nafas.

UMNO akan lebih kukuh jika DSNR diberi pengampunan, dan bukan sebalik nya seperti andaian LKS.

UMNO yang kukuh bakal kukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan.

DSNR ada pengariuh yang meluas dan masih ramai pengikut.

Membebaskan DSNR boleh menguggat gabungan Perikatan Nasional Ketika PRN nanti dan perkuatkan kedudukan PH.

Sambil DAP tawan pengundi bukan Melayu , biar DSNR tawan pengundi Melayu , bukan kah itu satu gabungan yang ideal?

Jila LKS tidak setuju DSNR dibebas , Bagai mana pula Hasrat mengukuh kan UMNO boleh dicapai?

Apa sebenar nya yang dimahukan oleh LKS?

Jika tidak pasti lebih elok berdiam diri seperti saranan Dr Puad Zarkashi.

Lagi banyak bercakap lebih banyak kerosakan dilakukan.

Paling penting LKS harus bertanya pada diri sendiri apa sebenar nya yang dimahukan oleh nya.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker