Saman dan gaduh dengan Anwar boleh bikin rakyat lupa Zeti dan Nazlan masih belum didakwa.
Oleh Adam Malik
Dengan siapa Tun Mahathir tidak bergaduh?
Setiap kali ada berita Tun Mahathir bergaduh rakyat sudah tidak terkejut lagi.
Sebalik nya , jika Tun Mahathir tidak bergaduh dengan siapa siapa , itu lah yang akan buat rakyat terkejut.
Selain bergaduh dengan orang yang berkuasa menjadi perkara lazim kepada Mahathir, ia juga boleh menjadi ‘signal’ kepada kroni kroni Tun Mahathir dan mereka mereka yang ada pegang kepentingan nya supaya jangan lari atau kemana kerana dia masih ada ‘kuasa’
Terbaru , Tun Mahathir akan melaksana saman nya terhadap Anwar Ibrahim kerana tempoh 7 hari sudah tamat.
Tun Mahathir jarang saman sesiapa atas beberapa sebab , antara nya sikap tidak peduli dan juga pandang rendah kepada pihak yang buat dakwaan.
Kali in apabila Tun Mahathir mengemuka kan saman nya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnah berkenaan harta curi dan samunan, maka ia boleh dikira sebagai ‘abnormal’ untuk Tun Mahathir.
Namun, apabila difikir kan kenapa agak nya Mahathir mahu berlaga dengan DSAI dimahkamah , beberapa perkara boleh diandaikan.
Rakyat harus ingat berkenaan kes “Elephant in the room” yang menjadi tanda tanya seluruh dunia , ia itu kes rasuah keluarga bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz dan wang dalam akaun di Singapura.
Kes ini telah lama selesai siasatan tetapi masih terhalang untuk pendakwaan.
Maka , kes ini menjadi sebagai beban kepada Mahathir kerana akan ‘backfire’ kepada kes Datuk Seri Najib Razak dan bakal terbarai segala persoalan.
Walaupun pelbagai perkara dijadikan isu untuk alihan, namun, selesai sahaja apa apa isu pun, kes Zeti akan Kembali juga menjadi tandatanya rakyat.
Tidak henti disitu , selain kes Zeti Aziz yang cuba dihalang pendakwaan, kes Hakim Nazlan Ghazali juga menghantui Tun Mahathir.
Kedua kes Zeti dan Nazlan mampu meroskan kan kes DSNR.
Maka , sesuatu mesti dilakukan untuk mengatasi akan hal ini.
Mungkin dengan membuat drama baru pergaduhan dan saman menyaman antara Mahathir dengan Anwar maka drama drama ini dapat membuat satu bentuk ‘diversion’ dari kes yang cuba diperap oleh pihak Mahathir, ia itu kes Keluarga Zeti dan hakim Nazlan.
Lalu jika kes saman fitnah boleh menyusahkan dan melekakan DSAI , diharapkan kes kes kedua individu yang mungkin terkait Mahathir boleh ditangguh dan dialihkan dari tumpuan rakyat.
Itu agak nya perancanaan Mahathir ‘pending’ merancang tukar kerajaan yang boleh hapuskan terus kedua kes besar ini.