Aliff Syukri mengaku prank Yana Samsudin, tapi netizen langsung tak heran

Setelah berbakul-bakul makian dan cacian dilemparkan terhadap ahli perniagaan sensasi Datuk Aliff Syukri berhubung pasu antik bernilai RM400,000 yang dikatakan telah dipecahkan oleh pelakon Yana Samsudin, akhirnya Aliff tampil menceritakan perkara sebenar.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagramnya sebentar tadi, Aliff mengakui kejadian itu bukanlah kejadian sebenar. Sebaliknya ia telah dirancang untuk mengenakan (prank) Yana.

Perkara itu hanya disedari oleh Yana selepas suaminya Fadzil Zahari, menunjukkan dokumen yang mengatakan dia telah diprank.



Sementara itu, Aliff Syukri menjelaskan dia hanya sekadar menjayakan watak seperti yang diminta oleh pengarah tetapi terpaksa menerima caci maki netizen di media sosial.

“Apa salah saya? Kenapa korang kutuk saya sebegitu? Saya hanya buat kerja saya saja awak. Awak caci saya, maki saya, apa salah saya??” katanya.

Di ruangan komen, netizen langsung tidak terkejut dengan pendedahan itu dan mengakui sudah ‘lali’ dengan perangai Aliff yang gemar membuat gimik murahan. Malah, netizen turut mengkritik mutu lakonanannya.

“Islam tak suka penipuan. Even buat lawak, apatah lagi prank orang. Cukup-cukuplah Astro buat content-content cerita prank macam ni,” kata Dhia.



“Content murahan, dari respect terus aku tak respect Aliff. Kau kaya melangit pun kalau asyik buat content memalukan, baik duduk kat Nepal je bro. Macam tak diajar adab je aku tengok kau ni Aliff,” kata Hafisnaserr.

Sumber: Instagram Aliff Syukri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button