Dr Mahathir Di Jangka Akan Batalkan Saman Terhadap Anwar Ibrahim

Dr Mahathir Di Jangka Akan Batalkan Saman Terhadap Anwar Ibrahim

Dr Mahathir Di Jangka Akan Batalkan Saman Terhadap Anwar Ibrahim

17 April yang lepas merupakan tempoh terakhir yang diberikan oleh Dr Mahathir kepada perdana menteri, Anwar Ibrahim, untuk meminta maaf.

Dr Mahathir juga meminta supaya Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan yang Dr Mahathir anggap sebagai fitnah terhadap dirinya.

Baca di sini:



https://www.facebook.com/TunDrMahathir/posts/pfbid02amvkztfyACyr3Sa4dzRMgzTy37WgQTKEBvPHJwXNoPowxY286beqUULZhJd4Dt88l

Sebelum itu, dalam satu ucapan di Konvensyen PKR, Anwar secara sindiran mengatakan ada yang berkuasa selama 22 tahun tetapi menggunakannya untuk mengkayakan keluarga dan kroni.

Melalui peguam Anwar Ibrahim, Rafique Rashid, dari Tetuan Thomas Phillip, Letter of Demand (LOD) dari Dr Mahathir sudah dijawab oleh Anwar.

Tetapi ianya bukanlah surat meminta maaf atau menarik balik kenyataan tersebut, tetapi memaklumkan bahawa Anwar sedia kemukakan bukti di mahkamah.



Dalam artikata lain, pihak Anwar sudah mengumpulkan segala bukti yang diperlukan untuk didedahkan di mahkamah.

Pastinya seluruh rakyat tidak sabar menanti untuk Dr Mahathir memfailkan saman beliau ke atas Anwar.

Kerana sekiranya itu berlaku, maka segala-galanya yang selama ini disembunyikan selama puluhan tahun akan terdedah di mahkamah.

Lagi cantik sekiranya perbicaraan saman Dr Mahathir itu dibuat secara langsung untuk ditonton di seluruh dunia.

Namun dari maklumat yang penulis terima, beberapa individu yang rapat dengan Dr Mahathir sedang cuba menasihati beliau supaya tidak meneruskan saman tersebut.

Mereka berpendapat dan yakin, Anwar sudah pasti mempunyai bukti yang lebih dari mencukupi untuk melawan kes saman Dr Mahathir di mahkamah.

Namun yang menjadi kebimbangan sebenar mereka bukanlah sekiranya Dr Mahathir kalah dalam kes saman tersebut.

Tetapi segala pendedahan yang bakal dibuat di mahkamah pasti akan menggamit perhatian SPRM untuk menyiasat segala salah laku yang dilakukan.

Ianya pasti akan mendedahkan keluarga dan kroni Dr Mahathir untuk didakwa di mahkamah.

Penulis sudah mengulas bahawa tindakan Dr Mahathir itu adalah ibarat ‘menggali kubur sendiri’.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/03/29/dr-mahathir-sedang-menggali-kubur-sendiri/

Nampaknya ‘kubur’ yang sedang Dr Mahathir gali kali ini sangat besar.

 

Dr Mahathir Di Jangka Akan Batalkan Saman Terhadap Anwar Ibrahim

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker