Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq

Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq

Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq

Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan untuk memulangkan sementara passpot antarabangsa ahli parlimen Muar, Syed Saddiq.

Permohonan untuk mendapatkan kembali passpot tersebut telah dibuat oleh Syed Saddiq yang diwakili oleh peguam beliau, Lim Wei Jiet.



Hakim Azhar Abdul Hamid, membuat keputusan tersebut setelah ianya tidak mendapat apa-apa bantahan dari Timbalan Pendakwaraya.

Syed Saddiq membuat permohonan atas alasan beliau perlu menghadiri 2 persidangan antarabangsa di Switzerland dan Korea Selatan bulan hadapan.

Bagi penulis, sama ada mahkamah membenarkannya atau tidak, bukan menjadi persoalan.

Keputusan mahkamah pastinya atas alasan dan fakta yang kukuh.



Apa yang menarik perhatian penulis adalah, sikap pihak tertentu yang membisu seribu bahasa terhadap permohonan Syed Saddiq.

Sebelum ini, DS Najib pernah meminta supaya mahkamah memulangkan sementara passpat antarabangsa beliau atas alasan menziarahi anak beliau yang bersalin  di Singapura.

Begitu juga DS Zahid pernah memohon mahkamah untuk memulangkan sementara passpot antarabangsa beliau kerana mahu mengerjakan ibadah umrah.

Dan sekali lagi DS Zahid memohon mahkamah memulangkan passpot antarabangsa beliau atas alasan perlu ke luar negara setelah dilantik sebagai Timb Perdana Menteri.



Walau pun mahkamah telah membenarkan permohonan DS Najib dan satu dari permohonan dari DS Zahid, tetapi ianya mendapat tentangan yang hebat dari pelbagai pihak.

Antara pihak yang lantang bersuara adalah Majlis Peguam Malaysia.

Belum lagi mahkamah membuat keputusan, mereka menentang permohonan tersebut dengan pelbagai alasan yang dicipta.

Tetapi kini, apabila mahkamah membenarkan permohonan Syed Saddiq, Majlis Peguam dilihat membisu seribu bahasa.



Apakah Majlis Peguam hanya akan bersuara apabila ianya melibatkan pemimpin tertentu dari parti politik tertentu sahaja?

 

Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button