Saman Mahathir terhadap Anwar sekadar bidaan politik sahaja.

Oleh Adam Malik

Walaupun pihak guaman Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah memberi respon kepada tuntutan pihak Tun Mahathir,  nampak nya situasi semakin serius dan pertembungan dimahkamah tidak akan dapat dielak lagi.

Jika dilihat sejarah politik Tun Mahathir, amat jarang beliau membuat tuntutan saman seperti ini.



Dakwaan terhadap Tun Mahathir, suka mengalih wang negara kepada kroni, membuat Tindakan perkaya kan kroni , dan menyimpan kekayaan atas nama bilionair semua sudah menjadi perkara lazim dan akan berlalu begitu sahaja sebelum ini.

Namun, kali ini apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat ucapan membelasah  disatu perjumpaan , tiba tiba Tun Mahathir menjadi amat sensitif dan berasa hati pula.

Apakah yang mendorong Tun Mahathir bertindak menyaman DSAI kali ini?



Sedangkan dari segi teknikal Anwar tiada menyebut “Mahathir Mohamad” pun Ketika berucap.

Tetapi , Mahathir terasa individu yang dicerita oleh DSAI itu merujuk kepada diri nya.

Sambil itu, jika kita perhatikan kedudukan politik hari ini, Tun Mahathir berada didalam kedudukan sangat tersepit.



Jajaan nya Proklamasi Melayu menjadi ‘total failure’ , tiada orang Melayu mahu sahut , bukan kerana Melayu tidak sayang bangsa , tetapi kerana reputasi Tun Mahathir yang rosak dan tidak boleh dipercayai.

Melayu pasti Mahathir ada alasan untuk tidak melaksana kan nya nanti.

Ketika berkuasa penuh melalui UMNO selama 22 tahun pun Mahathir tidak minat , apatah Ketika sudah tiada kuasa dan parti parti politik melayu semakin banyak dan berpecah mampu kah Mahathir menjayakan Proklamasi Melayu?

Semua nya berkenaan Mahathir dan bukan berkenaan melayu.



Jadi, apabila Mahathir ambil langkah saman Anwar, ramai juga berpendapat , dalam keadaan politik hari ini, Mahathir perlu satu anjakan untuk bersaing bagi melindungi kedudukan nya.

Maka, saman terhadap  DSAI boleh dijadikan satu bahan bidaan oleh Mahathir dalam keadaan hari ini.

Ini diperlukan oleh Mahathir , tambah lagi ada laporan kerajaan DSAI sedang mengumpul maklumat dengan Kerjasama pihak luar negara untuk menyiasat wang dan harta Mahathir serta Tun Daim diluar negara.

DSAI sudah lama bersama Mahathir , maka pasti lebih tahu cara Mahathir dan Daim mengalihkan wang.



Tambah lagi Ketika itu yang menjaga wang negara keluar masuk adalah bekas Gabenor yang menjadi kuncu Mahathir.

Rumusan nya, saman terhadap Anwar yang dilakukan oleh Mahathir, boleh lah dikira untuk bahan bidaan sahaja kerana Mahathir sudah tidak ada apa apa benteng lagi, tambah lagi Mahathir sangat tahu kekuatan dan pengaruh nya ada dibadan tertentu yang dipenuhi oleh orang orang lantikan nya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button