Kalau Pun UMNO Dan PH Kahwin Paksa, Kenapa Ismail Sabri Pula Yang Berahi?

Kalau Pun UMNO Dan PH Kahwin Paksa, Kenapa Ismail Sabri Pula Yang Berahi?

Kalau Pun UMNO Dan PH Kahwin Paksa, Kenapa Ismail Sabri Pula Yang Berahi?

Sudah menjadi rahsia umum, mantan perdana menteri ke 9, Ismail Sabri, bukanlah seorang pemimpin yang mempunyai semangat perjuangan yang tulin.

Benar, beliau sering melaungkan perkataan demi rakyat dan negara.



Tetapi realitinya perjuangan beliau hanya berkiblatkan kepentingan diri sendiri.

Beliau merupakan antara pemimpin UMNO yang sanggup ‘melacurkan’ parti dan akar umbi UMNO.

Semata-mata demi untuk melempiaskan nafsu serakah politik beliau.

Perjanjian sulit beliau dengan Muhyiddin adalah bukti yang sangat nyata.



Ismail Sabri sanggup menjadi budak suruhan, semata-mata kerana mahu menjadi perdana menteri.

Walau pun beliau sedar, beliau tidak layak dan tidak mampu.

Kini, Ismail Sabri sekali lagi kepanasan apabila melihat kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan dilihat semakin mendapat keserasian dalam Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang berjaya melakukan apa yang Ismail Sabri tidak mampu lakukan semasa memimpin Kerajaan Keluarga Malaysia.



Kebobrokan pemimpin politik yang ‘dilindungi’ Ismail Sabri sebelum ini, kini dibongkar satu persatu dan akan terus ‘ditelanjangkan’ dalam perbicaraan di mahkamah.

Orang Lain Kahwin, Ismail Sabri Pula Yang Berahi

Tidak senang dengan keserasian antara UMNO dan Pakatan Harapan dalam Kerajaan Perpaduan, Ismail Sabri mendakwa kononnya ia adalah ibarat kahwin paksa.

Dan menurut Ismail Sabri, kebiasaannya, kahwin paksa tidak dapat bertahan lama kerana tidak ada perasaan cinta antara satu sama lain.

Tetapi Ismail Sabri lupa, ramai pemerhati politik yakin, Kerajaan Perpaduan ini mampu bertahan sehingga akhir penggal.



Paling tidak pun, In Sya Allah, lebih lama dari riwayat Kerajaan Keluarga Malaysia yang beliau pernah pimpin…😜😜😜

Sepatutnya sebagai mantan perdana menteri (walau pun paling singkat dalam sejarah), Ismail Sabri merasa gembira dengan keserasian UMNO dan Pakatan Harapan.

Kalau pun Ismail Sabri anggap ianya adalah kahwin paksa, tetapi ianya terpaksa dilakukan demi rakyat dan negara.

Dan secara realitinya, banyak perkahwinan paksa yang berlaku, dilihat berkekalan hingga ke anak cucu.



Cuma yang menghairankan penulis, kenapa pula Ismail Sabri yang berahi dengan perkahwinan paksa tersebut…🤤🤤🤤

 

Kalau Pun UMNO Dan PH Kahwin Paksa, Kenapa Ismail Sabri Pula Yang Berahi?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button