Mantan Peguam Negara: Pengampunan Di Raja Tidak Terikat Kepada Nasihat Lembaga Pengampunan

Mantan Peguam Negara: Pengampunan Di Raja Tidak Terikat Kepada Nasihat Lembaga Pengampunan

Mantan Peguam Negara: Pengampunan Di Raja Tidak Terikat Kepada Nasihat Lembaga Pengampunan

Perdebatan sama ada pengampunan dari ketua negeri tertakluk kepada nasihat Lembaga Pengampunan atau tidak semakin hangat.

Ramai penyokong parti politik tertentu cuba menjadi peguam dengan memberikan pendapat yang mengikut selera pemimpin politik tertentu.

Tidak kurang pula ahli akademi yang bukan berkelulusan undang-undang turut sama memberikan pendapat.

Paling menghairankan penulis bila seorang peguam kanan memberikan pendapat yang ternyata bertentangan dengan perlembagaan negara.

Persoalan yang dibincangkan ialah, adakah ketua negeri perlu mengikut nasihat Lembaga Pengampunan dalam membuat keputusan untuk memberikan pengampunan.

Lebih tepat lagi, persoalan yang sebenar adalah, perlukah YDP Agong mengikut nasihat Lembaga Pengampunan dalam membuat keputusan memberikan pengampunan kepada DS Najib?

TS Abu Talib Osman merupakan mantan Peguam Negara yang berkhidmat dari 1980 hingga 1993.

Menurut Abu Talib, kuasa memberikan pengampunan terletak pada ketua negeri dalam kapasiti mereka sebagai ‘fountain of justice’.

Kuasa mereka termasuk memberikan pelbagai bentuk pengampunan, termasuk pengampunan penuh.

Peruntukan pengampunan dalam Perlembagaan Persekutuan mencadangkan bahawa nasihat Lembaga Pengampunan tidak mengikat ketua negeri.

Ketua negeri cuma diharapkan mempertimbangkan nasihat yang diberikan.

Tujuan Lembaga Pengampunan ditubuhkan adalah untuk menasihati ketua negeri agar mempertimbangkan fakta dan keadaan setiap kes sebelum membuat keputusan.

Dalam isu keputusan penolakan majoriti 4-1 Mahkamah Persekutuan dalam semakan kehakiman DS Najib, beliau berkata:

“Saya tidak menemui apa-apa dalam material yang dikemukakan pada mahkamah untuk mencadangkan bahawa pasukan pembelaan Najib, yang dirombak tiga minggu sebelum rayuan, memohon penangguhan sebagai “helah” atau sebahagian “strategi” untuk melewatkan pendengaran”.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/04/19/ketua-negeri-diharap-pertimbang-permohonan-pengampunan-dengan-bijaksana/

Dalam artikata lain, fungsi Lembaga Pengampunan cuma boleh memberikan nasihat/cadangan/saranan kepada YDP Agong.

Namun kuasa mutlak pengampunan terletak kepada YDP Agong dan baginda tidak terikat kepada nasihat/cadangan/saranan Lembaga Pengampunan.

 

Mantan Peguam Negara: Pengampunan Di Raja Tidak Terikat Kepada Nasihat Lembaga Pengampunan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker