Netizen Tak Sabar Lihat Warna Baju Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Setiap tahun, pada hujung Ramadan, perkara yang paling dinantikan sudah pasti pengumuman tarikh Hari Raya Aidifitri yang bakal diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Bagi tahun ini, pengumuman bakal dilakukan pada malam ini bersamaan Khamis, 20 April 2023.

Selain menantikan pengumuman tersebut, warna baju Melayu yang bakal dipakai oleh beliau turut menjadi topik perbincangan pengguna media sosial.



Teka-teki warna

Menerusi tinjauan Oh Bulan! di laman Twitter, seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai @brgsjks, memuat naik satu ciapan dengan mengajak orang ramai bermain teka teki untuk menebak warna apakah yang akan dipakai.

Netizen teka

Sementara itu, ruangan balas ciapan tersebut telah dihujani pelbagai tekaan jawapan warna yang ditinggalkan oleh wargamaya, antaranya hitam dan kuning. Dalam masa sama, ada juga yang tidak sabar untuk melihat warna sebenar yang akan dipilih oleh Tan Sri Syed Danial malam ini.

Sumber: Twitter



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button