‘Saya masih sihat’ – Jasmin Hamid

KUALA LUMPUR: Pelakon Jasmin Hamid, 49, meluahkan rasa terkejut apabila terdapat dakwaan bahawa dia sedang bertarung nyawa akibat saluran tersumbat, di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Jasmin memuat naik sebuah hantaran yang memaparkan gambarnya berwarna hitam putih dan ditulis tentang keadaan terkini Jasmin yang kononnya sedang dalam keadaan kritikal.

“Sedang bertarung nyawa, 6 saluran tersumbat – Jasmin Hamid,” tulis kenyataan palsu tersebut.



Susulan daripada itu, Jasmin tampil menjelaskan dia kini sihat dan meminta pihak tersebut berhenti membuat penyebaran berita palsu tersebut.

“Allahu Akbar. Tolong henti sebarkan khabar yang tak betul ini.

“Alhamdulillah saya masih sihat walafiat. Jangan buat orang-orang yang sayangkan saya risau dengan berita palsu ini,” jelas Jasmin dalam satu kenyataan.

Malah, pelakon drama Anak Beranak Abe Yie itu turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dirinya dan keluarga.



“Apapun terima kasih semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat saya dan keluarga,” katanya.

Untuk rekod, penghujung Mei tahun lalu, Jasmin dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital kerana mengalami serangan jantung.

XTRA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button