Warga asing ditahan ketika leka main ‘Pai Kow’

Kota Tinggi: Polis menahan tujuh lelaki warga asing yang sedang leka bermain judi atas talian ketika serbuan di sebuah rumah di Taman Lukut Cina di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya melakukan serbuan kira-kira jam 10.50 malam.

“Dalam serbuan itu, kita berjaya menahan tujuh lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 24 hingga 34 tahun yang sedang leka bermain judi jenis “Pai Kow.”



“Kita turut merampas peralatan perjudian dan wang tunai kira-kira RM268,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, semua tangkapan dan barang rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Pada masa sama, Hussin memberi amaran keras dan menegaskan polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mana –



mana individu yang terbabit dalam kes perjudian.

“Orang awam juga turut disarankan untuk menyalurkan maklumat kepada polis mengenai kegiatan perjudian,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button