Syamsul dedah pesan Puteri Sarah

Tidak beritahu orang ada hubungan dengan lelaki lain, minta henti watak isteri teraniaya

Syamsul dedah pesan Puteri Sarah

Syamsul dedah pesan Puteri Sarah
Syamsul masih berharap isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan baik.

PENGARAH Syamsul Yusof mempertikaikan tindakan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana yang mengeluarkan kenyataan sindiran ketawa membaca tuntutan nusyuz yang dibuat terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.

Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, mendakwa, Puteri Sarah sebenarnya risau dengan tuntutan berkenaan terdapat bukti aktres itu mempunyai hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang sejak di awal perkahwinan mereka lagi.

Disebabkan itu juga, Puteri Sarah hanya bersetuju untuk bertemu dengannya dan berbincang dan bersungguh-sungguh mahu dia menarik kembali tuntutan nusyuz yang dibuat.



“Banyak kali saya ajak berjumpa sebelum ini berbincang dengan baik tapi dia yang tidak mahu. Hanya selepas saya fail nusyuz barulah dia akhirnya mahu berjumpa suami. Kenapa?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zulin Aziz Jangan Melulu Post Di Sosial Media

Syamsul dedah pesan Puteri Sarah



Syamsul tampil membuat penjelasan di Instagram miliknya pada pagi Jumaat.”Kerana kamu risaukan nusyuz tu Sarah saya tahu, kerana di dalamnya ada bukti kamu buat hubungan dengan suami orang sejak dari awal perkahwinan kita.

“Jadi habislah imej ‘isteri teraniaya’ yang awak potreykan pada umum selama ini, itu yang kamu risau,” katanya.

Syamsul membuat pendedahan itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada pagi Jumaat.

Kenyataan itu susulan Puteri Sarah mengeluarkan kenyataan tertawa membaca 44 muka surat tuntutan nusyuz dibuat terhadapnya.



 

Syamsul dedah pesan Puteri Sarah
Antara penjelasan Syamsul di Instagram.

Wanita itu juga mendakwa mempunyai bukti video dan gambar tidak senonoh Syamsul dan isteri keduanya, Ira Kazar sebelum mereka berkahwin.

Nabila Razali – Abang motor mulanya enggan tumpangkan



Dalam pada itu, Syamsul mendakwa ketika pertemuan mereka sebelum ini, Puteri Sarah turut mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki lain malah berpesan untuk tidak mendedahkan kepada orang lain.

Syamsul juga mempertikaikan tindakan Puteri Sarah mengugut untuk menyebarkan video tidak senonoh dirinya apabila kemajuan dia tidak dituruti.

 

Syamsul dedah pesan Puteri Sarah
Syamsul menegaskan ada bukti tentang kecurangan Puteri Sarah dengan lelaki berstatus suami orang.

“Tidak cukup dengan itu, sekarang pun kamu dah mengaku ada hubungan dengan lelaki lain sedangkan kamu masih bersuami, kamu sendiri yang beritahu saya hari itu masa kita berjumpa. Siap cakap “jangan beritahu orang okay.”



“Tiba-tiba ugut suami minta jutaan ringgit, bila suami tidak setuju mahu dicanang video suami pula. Baiklah tapi bagaimana dengan bukti yang ada pada suami orang itu pula ya Sarah? Cukup sampai situ. Ya di mahkamah sahaja kita selesaikannya,” tegas Syamsul.

Sementara itu, Syamsul turut mempertikaikan tindakan Puteri Sarah menyelesaikan masalah mereka dengan menggunakan anak-anak dan ibu bapanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

View Chin Serius Nak Kahwin Dengan Mira




Kata Syamsul, masalah di antara mereka boleh diselesaikan secara baik tapi isterinya itu memilih mengaibkan dirinya dan keluarga dan mentua dengan berpura-pura di depan media dan netizen demi meraih simpati masyarakat.

“Saya tulis ini semua bukan mahu netizen sokong saya, tak perlu, cukup Allah untuk saya.

 

Syamsul minta Puteri Sarah henti pergunakan anak-anak dan ibu bapanya demi meraih simpati netizen.

“Gunakan anak dan ibu bapa saya. Kita boleh selesai cara baik tapi memilih untuk terus mengaibkan suami dan keluarga saya dan mentua,” katanya.

Dakwa Syamsul lagi, ibu bapa Puteri Sarah juga pening dan tidak bersetuju dengan caranya menyelesaikan masalah mereka dan disebabkan itu mentuanya mendiamkan diri.

Malah kata Syamsul, bapa mentuanya juga sering menasihatinya agar terus bersabar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Mahu Lihat Ira Kazar Dan Keluarga Diheret Ke Mahkamah


“Qada dan qadar. Terimalah takdir suami kamu telah berkahwin Sarah, janganlah berdendam kesumat hingga ke tahap ini. Ia akan makan diri dan anak-anak kita.

 

Syamsul masih berharap kemelut rumah tangga mereka diselesaikan dengan baik demi dua anak mereka.

“Menjadi fitnah masyarakat. Kamu tak terima poligami tak apa, kita berpisah cara baik. Bukan dengn cara ugut suami dan canang di sosial media berpura-pura konon kamu isteri solehah yang dianiaya.

“Jadi fikirlah tentang masa depan anak-anak kita dengan berpisah cara baik dan aman. Demi anak-anak kita. Saya adalah ayah pada anak-anak kita walau apapun dan begitu juga kamu ibu pada mereka,” katanya.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.

Syamsul pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button