Atlet import kekuatan Kemboja

PHNOM PENH: Kehebatan tuan rumah Kemboja meraih kejayaan dalam beberapa acara dipertandingkan menimbulkan tanda tanya banyak pihak yang mempertikaikan di manakah terletaknya kekuatan negara itu pada temasya dwitahunan kali ini.

Berdasarkan laporan media tempatan, Kemboja mempertaruhkan seramai 896 atlet dengan menyertai hampir semua acara dipertandingkan sekali gus ketika ini menduduki tangga ketiga pungutan pingat Sukan SEA 2023 dengan meraih 47 emas, 41 perak dan 49 gangsa.

Selain mempunyai kelebihan berstatus tuan rumah, dikhabarkan Kemboja juga mempunyai ‘senjata rahsia’ iaitu atlet import yang beraksi untuk sukan tertentu.

Paling jelas sekali adalah barisan pemain bola keranjang Kemboja yang memenangi emas dalam acara 3×3 lelaki selepas menumpaskan Filipina 20-15 Ahad lalu.

Hal ini kerana, bentuk fizikal tiga pemain mereka yang menjadi tunjang kepada kemenangan itu tidak seperti warga tempatan.

Jelas sekali, situasi terbabit menimbulkan persoalan membabitkan pesaing lain yang melihat tuan rumah seolah-olah terdesak untuk membuktikan mereka hebat pada penganjuran kali pertama Sukan SEA.

Namun, difahamkan bukan hanya bola keranjang saja Kemboja menggunakan khidmat pemain import untuk mencabar pasukan lain.

Sukan hoki, kriket dan badminton juga menyaksikan Kemboja mengimport pemain dari China, India dan Pakistan untuk memberi tentangan sengit kepada pasukan lawan.

Difahamkan, tidak begitu jelas sama ada atlet import boleh digunakan pada temasya Sukan SEA kerana tiada peraturan terperinci mengenai perkara itu.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker