TPM UK, Dominic Raab letak jawatan

TPM UK, Dominic Raab letak jawatan

TPM UK, Dominic Raab letak jawatan
Timbalan Perdana Menteri United Kingdom (UK), Dominic Raab

LONDON: Timbalan Perdana Menteri United Kingdom (UK), Dominic Raab meletak jawatan hari ini, susulan dakwaan beliau membuli beberapa rakan sekerjanya.

Satu siasatan bebas dijalankan membabitkan dakwaan Raab membuli rakan sekerjanya.

Peletakan jawatan menteri kanan ketiga atas salah laku peribadi dalam tempoh enam bulan dikhuatiri boleh memberi kesan terhadap usaha Sunak untuk memulihkan nasib Parti Konservatif yang memerintah.



Malah, ia juga dilihat sebagai perkara yang memalukan ketika Rishi menjanjikan kerajaan yang berintegriti selepas menggalas tugas Perdana Menteri Britain pada 25 Oktober tahun lalu.

Raab mengumumkan peletakan jawatannya dalam surat yang dikemukakan kepada perdana menteri sebelum laporan itu didedahkan kepada umum.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq



Peletakan jawatan Raab berlaku dua minggu sebelum pilihan raya majlis tempatan yang mana parti Konservatif dijangka bakal menempuh nasib buruk.

“Saya meminta siasatan dilakukan dan berjanji untuk meletak jawatan sekiranya membuat sebarang penemuan buli atau apa pun.

“Saya percaya ia penting untuk mengotakan kata-kata saya,” kata Raab dalam surat itu.

Hasil siasatan dijalankan sejak lima bulan lalu terhadap tingkah laku Raab, mendengar bukti daripada beberapa pegawai kerajaan mengenai aduan buli di tiga jabatan berbeza.



Laporan bebas dikeluarkan oleh peguam Adam Tolley mendapati Raab bertindak dengan cara `menakutkan’ dan melakukan `agresif berterusan’ semasa berada di Pejabat Kementerian Luar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Gesa Supaya Zeti Di Dakwa


Jelas laporan itu, ketika berada di Kementerian Kehakiman, Raab didakwa bertindak keterlaluan semasa menyampaikan maklum balas dan menghina dalam erti kata membuat ulasan kritis yang tidak membina mengenai kualiti kerja dilakukan.



Pada November lalu, Raab memohon siasatan dijalankan susulan aduan rasmi dibuat oleh pegawai kerajaan berhubung tingkah lakunya.

Raab berkata, beliau berasa terikat untuk menerima hasil siasatan itu tetapi dalam masa sama mempertahankan tindakannya.

Menurutnya, laporan itu menyimpulkan bahawa beliau tidak pernah bersumpah, menjerit atau menakut-nakutkan secara fizikal sesiapa dalam tempoh empat setengah tahun.

Beliau juga menafikan semua dakwaan kecuali dua daripada tuntutan terhadapnya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie


Raab memohon maaf atas sebarang tekanan mahupun kesalahan yang tidak disengajakan.

Namun, beliau berkata, tindakan menetapkan nilai ambang rendah terhadap pembulian boleh menandakan aras bahaya bagi tadbir urus kerajaan yang baik.



Sementara itu, Sunak dalam surat balas memaklumkan beliau dengan rasa sedih menerima peletakan jawatan Raab.

Beliau bagaimanapun menegaskan adalah penting bagi semua menteri di bawah pentadbirannya untuk mematuhi dan mengekalkan kod etika. – REUTERS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button