Lebih 3,000 penduduk Belgorod dipindah selepas bahan letupan ditemukan

Lebih 3,000 penduduk Belgorod dipindah selepas bahan letupan ditemukan

Lebih 3,000 penduduk Belgorod dipindah selepas bahan letupan ditemukan
KAWAH terbentuk di bandar Belgorod akibat letupan itu. – AGENSI

MOSCOW: Lebih 3,000 penduduk dipindahkan dari kediaman mereka di Belgorod, Russia selepas satu bahan letupan yang tidak meletup ditemukan di bandar tersebut.

Bahan letupan itu ditemukan beberapa hari selepas sebuah jet pejuang Russia secara tidak sengaja menjatuhkan bom di bandar miliknya itu, mengakibatkan beberapa orang cedera dan rumah rosak.

Lapor BBC, setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada bahan letupan yang ditemukan itu berasal dari pesawat perang yang sama.



Gabenor tempatan, Vyacheslav Gladkov mengesahkan sebanyak 17 bangunan apartmen terpaksa `dikepung’ dalam jarak lingkungan 200 meter yang menjejaskan 3,000 penduduk.

“Penduduk kemudian mula pulang ke rumah masing-masing selepas bahan letupan itu berjaya dikeluarkan,” katanya.

Bahan letupan yang tidak meletup itu ditemukan di kawasan yang sama dengan lokasi bom dijatuhkan pada Jumaat lalu.

Sebuah kawah besar kira-kira 20 meter lebar terbentuk di pusat bandar itu akibat letupan tersebut.



Belgorod, sebuah bandar yang mempunyai jumlah penduduk seramai 340,000 orang dan terletak kira-kira 40 kilometer (km) dari sempadan Ukraine, sering menjadi sasaran serangan dron yang dikaitkan dengan tentera Ukraine.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker