Ryan Bakery tak beri tekanan pada isteri

Kuala Lumpur: Pempengaruh juga penyanyi Ryan Bakery, 28, sentiasa memberi semangat kepada isterinya Elyia Ibrahim agar tidak tertekan berfikir mengenai soal cahaya mata.

Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkata dia sendiri sentiasa positif terutama memikirkan ada orang lain menunggu lama dapat anak.

“Saya okay saja. Sebab saya beranggapan ada orang lain lima tahun tak ada cahaya mata, ada yang sembilan tahun kahwin baru ada.



“Itu yang menguatkan semangat juga. Terfikirkan orang lain pun sama macam kita kan. Jadi, saya selalu pesan kepada isteri jangan cepat ‘down’,” katanya.

Namun begitu, penyanyi lagu Raya Last Minit terbabit mengakui soalan berkenaan cahaya mata pasti memberikan tekanan buat isterinya secara tidak langsung.

“Sebab bila orang tanya-tanya sudah ada ‘isi’ tak, satu tekanan buat isteri saya. Saya selalu bagi semangat kat dialah, ada orang lain macam saya cakap itulah,” katanya.

Bagaimanapun, Ryan berharap impian menimang anak untuk mereka jadi kenyataan juga suatu hari nanti tidak kira cepat atau lambat.



“Itulah belum ada rezeki lagi. Tapi itulah, saya harap, kamu-kamu semua dapat doakan. Siapa saja tak nak cahaya mata kan? Kami usaha untuk mendapatkan,” katanya.

Ryan dan Elyia bernikah pada 1 Oktober tahun lalu selepas lima bulan bertunang.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button