Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri: Kelantan & Terengganu Sambut Baik, Tapi MB Kedah Kepanasan

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Kelantan & Terengganu Sambut Baik, Tapi MB Kedah Kepanasan

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri: Kelantan & Terengganu Sambut Baik, Tapi MB Kedah Kepanasan

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengumumkan akan melakukan perubahan dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada tahun ini.

Mengikut kelaziman, perdana menteri akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana.



Namun pada tahun ini, Anwar mengumumkan akan mengadakan majlis tersebut di 3 lokasi yang berasingan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, berkata kerajaan negeri Kelantan menyambut baik cadangan tersebut.

“Hubungan antara negeri dan persekutuan mesti wujud”.

“Kerajaan negeri tidak mempunyai halangan terhadap majlis itu yang dijadualkan pada 12 Mei di Kota Bharu,” jelas beliau.



Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/663040

Manakala MB Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula berkata:

“In Sya Allah kita raikan sebagai tetamu yang istimewa”.



“Walapun berbeza parti politik yang memerintah di negeri dan persekutuan tetapi kita sesekali tidak menganggap ia sebagai satu halangan untuk bekerjasama,” jelas beliau.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/662994

Ironiknya, respon yang berbeza diberikan oleh Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor.



Niat kerajaan persekutuan untuk mendekati rakyat di seluruh negara telah disambut dengan sinis.

Malah beliau menuduh Anwar menyalahgunakan dana kerajaan untuk membuat kempen politik dalam Majlis Rumah Terbuka tersebut.

“Ini program kempen pilihan raya bukan rumah terbuka”.

“Ambil kesempatan daripada Aidilfitri apa program sesuai nak buat kempen, maka buat rumah terbuka”.



“Hang guna dana kerajaan, dana kementerian buat program kempen pilihan raya untuk parti hang, itu tak betul,” tuduh beliau.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/663081

Penulis hairan, kenapa Sanusi dilihat tidak senang dengan majlis tersebut.



Kalau beliau mahu dan menganggap majlis tersebut sebagai kempen pilihanraya, beliau boleh membuat majlis yang sama di setiap daerah di negeri Kedah.

Jadi, apa masalahnya?

Atau beliau merasakan, kedudukan beliau sebagai menteri besar sudah semakin hampir ke penghujung.

 

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri: Kelantan & Terengganu Sambut Baik, Tapi MB Kedah Kepanasan

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button