Bapa Syazuwan Hassan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon Syazuwan Hassan kehilangan bapa tercinta, Hassan Hapas pada hari raya kelima ini, kira-kira jam 6.33 pagi.

Berita duka itu dikongsikan pelakon drama Cik Serba Tahu itu menerusi Instagram Stories (IGs) pagi ini.

“Mohon sedekahkan al-Fatihah untuk arwah ayah saya yang menghembuskan nafas terakhirnya jam 6.33 pagi tadi.



“Semoga arwah ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin,” tulis pelakon tinggi lampai itu.

Bagaimanapun, Syazuwan itu tidak menyatakan butiran lanjut mengenai pemergian arwah bapanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button